Skip to content

Meminta kerajaan mengumumkan klasifikasi 512 kes positif Covid-19 yang dikesan oleh Kementerian Kesihatan dari 4 hingga 8 Mei

Saya meminta agar kerajaan mengumumkan klasifikasi 512 kes positif Covid-19 yang dikesan oleh Kementerian Kesihatan dari 4 hingga 8 Mei, dan berapa peratusan dari mereka yang tergolong dalam kuarter hidup bersama (collective living quarters), seperti pusat tahanan dan penjara.

Kerajaan harus menjelaskan mengapa Menteri Pertahanan mengumumkan bahawa dari 4 hingga 8 Mei, Kementerian Kesihatan telah mengesan 512 kes positif, tetapi menurut data harian yang diumumkan oleh Jabatan Penerangan Kluang, hanya terdapat sejumlah 181 kes dalam tempoh dari 4 hingga 8 Mei, dan 90 daripadanya ada kaitan dengan “kumpulan jangkitan berpagar” (pusat tahanan).

Memandangkan fakta bahawa kawasan PKP 3.0 telah dibuktikan terdapat penyebaran jangkitan komuniti yang lebih tinggi, kawasan PKP 3.0 harus diberikan keutamaan untuk mempercepat vaksinasi keseluruhan, termasuk golongan sasaran fasa ketiga.

Di kawasan PKP 3.0, Kerajaan harus menghidupkan kembali Program Subsidi Gaji (Wage Subsidy Program, WSP) untuk melindungi situasi pekerjaan dan memastikan kelangsungan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Kembalinya 100,000 pelajar Institusi Pelajaran Tinggi (IPT) ke kampung di seluruh negara boleh menyebabkan kesan wabak yang meluas. Semua pelajar IPT di kawasan PKP 3.0 harus dikuarantin di rumah setelah kembali ke kampung halaman mereka. Sekiranya mereka merasa tidak sihat, segera dapatkan rawatan perubatan.