Skip to content

Mencadangkan pengecualian bersyarat unilateral dari kuarantin kemasukan Singapura

Saya mengalu-alukan Menteri Luar Negeri Republik Singapura Balakrishnan untuk mengunjungi negara kita dalam dua hari ini, dan kedua-dua pihak bersetuju untuk secara beransur-ansur memulihkan laluan hijau timbal balik (RGL) dan pengaturan ulang-alik berkala (PCA) sesuai dengan perkembangan wabak ini, juga “lawatan penyayang” (companionate travel) rakyat kedua-dua negara untuk mengunjungi para penatua dan pesakit mereka di seberang sempadan.

Memandangkan hakikat bahawa kuarantin selama 14 hari di kedua-dua buah negara adalah halangan utama perjalanan antara rakyat Malaysia dan Singapura, saya mencadangkan:

  1. Rakyat Malaysia dan Singapura yang menyeberangi sempadan harus dikecualikan daripada kuarantin selama 14 hari setelah vaksin diberikan. Walaupun masih ada risiko dijangkiti wabak ini dari segi teori, tetapi ia merupakan tahap risiko rendah yang boleh diterima.
  2. Malaysia harus secara unilateral mengecualikan penduduk negara-negara tanpa jangkitan komuniti selama 14 hari berturut-turut daripada dikuarantin jika memasuki Malaysia, kerana mengikut piawaian antarabangsa, kuarantin bergantung pada profil risiko dari negara mana pelawat antarabangsa datang. Sebagai contoh, United Kingdom mengecualikan syarat kuarantin kemasukan untuk pengunjung dari Singapura kerana profil berisiko rendah Singapura.
  3. Sekiranya terdapat kes jangkitan baharu di komuniti setempat di negara kategori ini, maka mekanisme pengecualian kuarantin harus ditangguhkan sehingga tiada kes jangkitan baharu selama 14 hari.
  4. Pegawai Pemeriksa Sempadan Malaysia harus melakukan ujian saringan pantas untuk semua pengunjung yang dikecualikan kuarantin semasa pelepasan kastam, di mana mereka akan dilepaskan setelah hasil ujian negatif diperoleh dalam waktu setengah jam.

Sehingga semalam, Singapura bebas dari jangkitan komuniti selama 11 hari berturut-turut, membuktikan bahawa ia mempunyai persekitaran yang selamat dan profil berisiko rendah. Sekiranya negara kita mengecualikan secara unilateral, dan Singapura pula hanya mewajibkan warganya kuarantin di rumah. Ini akan dapat menyelamatkan ekonomi Johor Bahru dan merangsang kegiatan ekonomi di Johor, terutamanya industri makanan-minuman dan pelancongan.