Skip to content

Mengapa Johor hanya mendapat suku bekalan berbanding Selangor?

Menurut Jadual Peruntukan Vaksin pada bulan Julai yang dikeluarkan di akaun Twitter milik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Dr Siti Mariah, Selangor dan Sarawak masing-masing menerima 4.22 kali dan 2.5 kali ganda daripada Johor.

Di Johor, sejak 21 Jun, oleh kerana bekalan vaksin tidak mencukupi, banyak Pusat Pemberi Vaksin (PPV) tidak dapat memberi suntikan dos pertama vaksinasi, dan bahkan ramai yang telah menerima temu janji untuk suntikan dos pertama terpaksa pulang untuk menunggu tarikh baru. PPV di Simpang Renggam, Parit Raja, Segamat dan tempat-tempat lain juga ditutup sementara selama seminggu.

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin, pengedaran vaksin juga bergantung pada kemampuan vaksinasi. Sebagai contoh, Kerajaan Negeri Selangor menyatakan bahawa kapasiti vaksinasi mereka adalah 40,000, jadi mereka hanya diberikan 40,000.

Khairy Jamaluddin perlu menjawab:

  1. Mengapa Johor hanya mendapat suku bekalan berbanding Selangor? Sekiranya ia diberikan berdasarkan aktiviti ekonomi, mengapa jumlah Sarawak adalah 2.5 kali ganda daripada Johor?
  2. Mengapa bekalan vaksin di negeri Johor pada bulan Jun jauh di bawah kemampuan vaksinasi, yang menyebabkan beberapa PPV terpaksa berhenti beroperasi?

Selangor: 4,008,710
Sarawak: 2,389,582
Johor: 950,618