Skip to content

Menggesa kerajaan baru agar terus melaksanakan idea-idea baru yang telah diimplementasikan oleh kerajaan PH

Skuad Ipoh Barat bersama Persatuan Peniaga- Peniaga Little India Ipoh telah menganjurkan Program pengedaran Jalur Gemilang kepada peniaga dan warga tempatan di sekitar Pekan Lama Ipoh.

Saya turut mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan patriotisme serta menekankan kepentingan kemerdekaan terhadap kita dan perjuangan serta pergelutan yang telah dialami untuk menuju dan mencapai kemerdekaan.

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia, penjawat awam, sektor swasta dan barisan hadapan yang merupakan wira memerangi wabak Covid-19.

Kita sangat bergantung kepada pekerja barisan hadapan untuk melindungi negara Semangat patriotik dikalangan rakyat penting dalam memerangi wabak Covid-19, memulihkan semula ekonomi yang terjejas.

Kita semua harus tabah serta cekal dalam menempuh perjalanan yang jauh lebih mencabar ini, tanpa mengira bangsa atau agama.

Saudara dan Saudari, walau apa dugaan melanda, bersama-sama kita akan terus mara dan melangkah ke depan untuk membina sebuah Malaysia yang aman, maju dan selamat untuk anak-anak dan cucu kita.

Semasa kerajaan PH memerintah pada tahun 2018, kita sedaya upaya untuk melaksanakan perubahan terhadap sistem pemerintahan negara kita. Malangnya, pemindahan kuasa berlaku mengakibatkan kerajaan PH tumbang . Kerajaan baru yang di bawah pemerintahan Tan Sri Muhyiddin ini amatlah lemah dan hanya mendapat majoriti kecil di kalangan MP. Ini menyebabkan pelabur asing tidak ingin untuk melabur di negara kita.

Dengan ini, saya menggesa kerajaan baru agar terus melaksanakan idea-idea baru yang telah diimplementasikan oleh kerajaan PH seperti memacu dan memajukan Little India Ipoh sebagai destinasi pelancongan, membina lorong gundik di Pekan Lama dan sebagainya untuk kebaikan rakyat jelata.

Saya juga ingin berterima kasih kepada Persatuan Peniaga-Peniaga Little India Ipoh atas sumbangan RM 500 bersolidariti bersama Saudara Guan Eng