Skip to content

Mengingatkan Annuar Musa agar mengutamakan aspek pentadbiran serta kepentingan rakyat di Kuala Lumpur

Kami mengikuti dengan penuh minat ciapan politik berterusan Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa berkaitan percubaan Perikatan Nasional untuk pengisytiharan darurat.

Kami ingin menekankan bahawa, sejak pelantikannya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada Mac 2020, beliau belum lagi bertemu dengan ahli-ahli Parlimen KL untuk membincangkan isu-isu berkaitan pentadbiran (governance) di Kuala Lumpur meskipun permohonan telah dibuat oleh ahli-ahli Parlimen KL pada sidang Parlimen lalu.

Kami ingin mengingatkan Annuar Musa agar mengutamakan aspek pentadbiran serta kepentingan rakyat di Kuala Lumpur. Sebagai permulaan, Annuar Musa perlu memanggil satu mesyuarat untuk membincangkan berhubung belanjawan tahun hadapan melibatkan kawasan-kawasan di Kuala Lumpur.

Annuar Musa perlu mengembalikan semula Majlis Menteri (diwujudkan oleh bekas Menteri WP Khalid Samad) untuk memahami isu-isu di Kuala Lumpur. Jika ini gagal dilakukan, maka boleh disimpulkan bahawa Annuar Musa tidak mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan warga KL.

Tan Kok Wai
Ahli Parlimen Cheras

Fong Kui Lun
Ahli Parlimen Bukit Bintang

Teresa Kok Suh Sim
Ahli Parlimen Seputeh

Dr Tan Yee Kew
Ahli Parlimen Wangsa Maju

Lim Lip Eng
Ahli Parlimen Kepong

Fahmi Fadzil
Ahli Parlimen Lembah Pantai

Nik Nazmi Nik Ahmad
Ahli Parlimen Setiawangsa

P. Prabakaran
Ahli Parlimen Batu

Hannah Yeoh Tseow Suan
Ahli Parlimen Segambut