Skip to content

Menyeru keseluruhan rakyat Malaysia yang sedang menderita akibat perlaksanaan Cukai Barangan & Perkhidmatan, pemotongan subsidi dan kemelesetan ekonomi agar menyertai himpunan Bersih 5

Bersih 5 telah di jadualkan pada 19hb November 2016. Malah, ramai orang yang masih mempertikaikan penyertaannya masing-masing kerana berpendapat bahawa ia tidak menjejas kerajaan pusat. Ramai yang bertanya-tanya akan keberkesanan himpunan Bersih 5 terhadap memberi tekanan kepada kerajaan pimpinan Najib Tun Razak. Ramai yang berasa walaupun betapa banyak himpunan raksasa yang di anjurkan tidak dapat menggoncang kerusi kerajaan kleptokrasi Najib Tun Razak.

Saya ingin menegaskan bahawa himpunan Bersih, sejak dari himpunan sulongnya, tidak pernah mengamalkan sebarang unsur untuk menjatuhkan kerajaan. Bersih hanya untuk mengutarakan permintaan rakyat Malaysia mahukan kerajaan bersih, pilihanraya yang bersih, hak untuk berdemonstrasi, mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi negara. Janganlah di perdaya oleh pihak-pihak tertentu yang melencongkan matlamat Bersih 5 dengan menyatakan Bersih berobjektif menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib. Selain daripada 5 permintaan tersebut, himpunan Bersih juga merupakan suatu himpunan untuk kempen penyedaran rakyat Malaysia terhadap kerajaan yang di penuhi dengan korupsi dan penyelewengan.

Ramai yang berpendapat bahawa himpunan Bersih seolah-olah suatu karnival yang hanya mahu menunjukkan kekuatan mereka kepada kerajaan. Persepsi ini merupakan suatu persepsi yang salah. Saya masih ingat, sempena Bersih 2.0. Orang tua dalam keluarga saya menasihati saya dengan percakapan seperti: ” jangan berdiri di hadapan. Sertai sajalah dari jauh jikalau kamu sebagai seorang ahli politik.” Itulah nasihat orang tua saya. Malah, ia terbukti bahawa himpunan Bersih 3 dan 4 telah menyedarkan orang tua saya bahawa betapa korupnya kerajaan kita. Ia telah menyedarkan ramai orang yang mengamalkan sikap tidak perduli sehingga ke tahap yang mahukan kerajaan kotor ini di tukarkan. Orang tua saya, kini, memberitahu saya supaya demonstrasilah sehingga kerajaan kotor ini undur.

Walau bagaimanapun, saya memberitahu mereka bahawa himpunan Bersih tidak mensasarkan mahu sesiapa yang undur dari jawatan masing-masing. Kami hanya mahukan rintihan kami di dengari oleh pihak-pihak tertentu. Penukaran fikiran orang tua jelas menunjukkan keberkesanan himpunan Bersih terhadap kesedaran orang ramai. Kami tidak mahu pertukaran kuasa di lakukan melalui demonstrasi. Kami mahukan pertukaran kuasa di lakukan melalui pilihanraya yang bersih dan telus.

Jika kalau hendak di katakan himpunan Bersih tidak memberi kesan langsung kepada kerajaan, jelaskanlah kepada saya rasional kewujudan kumpulan baju merah yang di ketuai oleh Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Jamal.

Jelaskanlah kepada saya jikalau Bersih tidak menghantarkan tekanan kepada kerajaan ketika mereka tidak berani membenarkan penggunaan Dataran Merdeka untuk tujuan himpunan.

Akhir kata, saya menyeru keseluruhan rakyat Malaysia yang sedang menderita akibat perlaksanaan Cukai Barangan & Perkhidmatan, pemotongan subsidi dan kemelesetan ekonomi agar menyertai himpunan Bersih 5 yang akan dianjurkan pada 19hb November 2016 tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang politik. Sertailah kami jikalau kamu bersepandapat dengan kami sekirannya kamu anak jati Malaysia.