Skip to content

Ucapan oleh Pengerusi DAP Selangor Tony Pua Kiam Wee di Konvensyen Tahunan Negeri Selangor 2016

Selamat pagi, salam sejahtera, salam Ubah dan salam Bersih.

Saudara-saudari sekalian,

Politik seluruh dunia berada dalam keadaan berubah-ubah. The world is in a state of flux.

Pada bulan Jun, rakyat Britain mengejutkan seluruh dunia apabila mengundi keluar European Union. Baru-baru ini, seorang kartun dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat. Di Malaysia pula, seorang perompak masih kekal kukuh sebagai Perdana Menteri, manakala pihak pembangkang masih tidak dapat mencapai permuafakatan.

Jika seorang calon yang menghina agama dan kaum minoriti, wanita dan warga asing dapat menang dalam pilihanraya Amerika Syarikat, ia tidak akan menjadi perkara yang mengejutkan jika parti perompak dapat menang di Malaysia dengan majoriti yang lebih besar lagi.

Yang rakyat bimbang dalam pilihanraya yang akan datang, bukan sahaja kemenangan BN di Putrajaya tetapi kehilangan kerajaan Pakatan di negeri Selangor.

Suka tak suka, bangga tak bangga, Selangor yang akan merupakan tumpuan rakyat seluruh negara dan pemerhati seluruh dunia, dengan segala hormatnya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang sakit hari ini. Kesemua pemimpin-pemimpin utama dan akar-umbi DAP Selangor yang berada di sini, dengan rakan-rakan kami dalam Pakatan Harapan bersama pengundipengundi negeri Selangor mempunyai peranan dan tanggungjawab yang paling penting dalam perkembangan politik di Malaysia. You will all have a starring role to play.

Kalaulah Pakatan Rakyat masih kekal, kalaulah kami tidak dikhianati, kalaulah Persetujuan Dasar Bersama dipegang dan dipertahankan oleh semua parti Pakatan Rakyat seperti sebelum pilihanraya ke-13, saya percaya bukan sahaja BN akan terus kekal sebagai pembangkang yang kian lemah di Selangor, kita sudah pasti akan menumbangkan kerajaan BN di Putrajaya pada pilihanraya ke-14.

Akan tetapi Pakatan Rakyat sudah menjadi sejarah. There is no point crying over spilt milk. Kita mesti mara ke hadapan.

Antara perkara yang paling hangat dibincang hari ini adalah pertembungan 1 lawan 1 antara pembangkang dengan Barisan Nasional dalam pilihanraya yang akan datang.

Kami di DAP menyokong penuh rancangan 1 lawan 1. We saw how effective the strategy was in the 12th and 13th General Election.

Tapi sokongan kita bukan sokongan buta. Strategi 1 lawan 1 mestinya berdasarkan prinsip dan persetujuan dasar bersama.

Apa gunanya kami bersepakat dengan sebuah parti yang dikatakan berasaskan prinsip-prinsip agama, tapi enggan menentang bajet yang dibentangkan oleh seorang Perdana Menteri terbukti menyeleweng berbilion-bilion dolar wang rakyat ke dalam akaun peribadi beliau?

Apa gunanya kami berpeluk-peluk dengan parti yang ingin menonjolkan kealiman mereka tetapi masih bermesra dengan Dato’ Seri Najib Razak, penyamun dan perompak yang paling terkemuka seluruh dunia?

Bukan sahaja mereka tak kutuk si penyamun, himpunan aman NGO Bersih5 untuk menuntut pilihanraya bebas dan adil pun mereka boycott. Bukankah pendirian mereka dah cukup jelas? Oleh itu, apa gunanya kami mematuhi prinsip 1 lawan 1 tetapi bila matlamat kami menjatuhkan BN tercapai, kami ditikam belakang oleh mana-mana parti yang mungkin terpikat dengan tawaran istimewa daripada UMNO Barisan Nasional? How do we trust a party who is unprincipled, wants their bread butter on both sides and who only wants to use its partners to attain their own selfish interest?

Tapi kami DAP memahami kepentingan 1 lawan 1. Oleh sebab itu, kami setuju berikan masa untuk pihak-pihak yang masih ingin berunding dengan parti berkaitan. Permuafakatan ini telah dicapai dan diumumkan dalam Konvensyen Pakatan Harapan semalam di mana tarikh tamat akan ditetapkan untuk perunding tersebut.

Perbincangan Pakatan Harapan dengan parti-parti yang lain tidak boleh berterusan sehingga sehari sebelum pilihanraya kerana ianya hanya akan melemahkan kesiapaigaan parti-parti Pakatan Harapan dalam pilihanraya.

If an agreement cannot be achieved, then it should be made known early so that we can get ready and strengthen ourselves to face elections, whether 1-to-1 or 3-corner fights. We have to move on.

Kami tidak boleh tunggu selama-lamanya sehingga ruang untuk rakan seperjuangan kami, our little brother, Parti Amanah Negara, yang baru menyambut ulangtahun yang pertama, memperkukuhkan parti mereka tersekat dan akibatnya pencapaian Pakatan Harapan terjejas.

Di Selangor, kemungkinan kehilangan kuasa akan lebih bertambah. We have to remember, the stronger Amanah is, the stronger Pakatan Harapan will be. The stronger Amanah is, the weaker our enemies will become.

Kami juga kena ingat, Amanah telah ditubuhkan oleh tokoh-tokoh yang mana kebijaksanaan, integriti dan keiklasan mereka telah diuji berkali-kali, yang mana sumbangan perjuangan mereka melawan UMNO-Barisan Nasional tidak boleh dipersoalkan. Kalau bukan mereka, gerakan Bersih tidak akan dilahirkan pada tahun 2007. Kalau bukan kerana mereka, tsunami politik 2008 tidak akan tercapai dan kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak akan wujud dalam sejarah Malaysia.

Oleh itu, saya ingin menyakinkan pemimpin-pemimpin Amanah bahawa parti DAP adalah sebuah parti yang berprinsip. Sepertimana DAP telah memberikan sokongan penuh tanpa berbelah bahagi kepada rakan seperjuangan PKR semasa kemelut Menteri Besar Selangor pada tahun 2014, kami juga akan sama sekali hak dan kepentingan saudara kami di Amanah tidak akan dikorbankan, walaupun Amanah merupakan “the new kid on the block”.

Kami di DAP Selangor telah membuktikan keikhlasan kami semasa pilihanraya kecil Sg Besar, di mana DAP telah berhempas-pulas berkempen untuk Amanah macam DAP sendiri yang bertanding di sana. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan kempen DAP Selangor diketuai oleh Sdr Ng Suee Lim, terutamanya saudara-saudari yang telah berkampung di Sekinchan dan Sg Besar selama 2 minggu. Syabas!

Hari ini, saya ingin mengarahkan supaya kesemua akar-umbi dan jentera pilihanraya DAP Selangor mencontohi semangat kami di Sg Besar dan memberikan sokongan dan kerjasama penuh kepada kawasan-kawasan yang akan ditanding oleh Amanah, dan juga kami tak lupa, PKR dalam pilihanraya yang akan datang.

Ini adalah tersangat penting kerana tanpa memastikan kemenangan Amanah, dan mempertahankan kerusi yang telah dimenangi oleh PKR, Pakatan Harapan akan hilang kuasa kerajaan negeri Selangor.

Ini bukan seumpama Amanah diperkudakan oleh DAP, seperti apa yang akan dilaporkan oleh Utusan esok hari. Ini juga bukan DAP dipengaruhi oleh Amanah seperti apa yang akan dilantangkan oleh MCA kepada komuniti Cina hari lusa. Ini hanya adalah semangat seperjuangan yang betapa erat dan kukuh antara parti-parti Pakatan Harapan di mana berat sama kita pikul, ringan sama kita jinjing, satu semangat yang dicemburui oleh parti-parti Barisan Nasional.

Kami hanya berharap satu hari nanti, bila Amanah menjadi sebuah parti yang besar dan berjaya di Malaysia, kami di DAP ini akan terus dikenangi dan tidak akan dikhianati.

Saudara-saudari sekalian,

Malaysia hari ini telah menjadi bahan jenaka seluruh dunia kerana kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang telah terbukti menyelewengankan sekurang-kurangnya RM4 bilion ke dalam akaun perbadinya daripada syarikat milik Kementerian Kewangan, 1MDB dan SRC International tetapi masih kekal berkuasa dan bebas.

Agensi-agensi dan institusi-institusi kerajaan yang dipertanggungjawabkan oleh Perlembagaan untuk menguatkuasakan undang-undang di negara kita semuanya sudah rosak dan gagal. Peguam Negara dulu yang ingin membawa Dato’ Seri Najib Razak ke mahkamah disarakan. Peguam Negara baru dilantik dan berkata bahawa wang yang diterima oleh Dato’ Seri Najib Razak adalah derma daripada Tok Arab.

Kini, Pejabat Keadilan Amerika Syarikat telah membuktikan bahawa wang itu berpunca daripada 1MDB, penderma Arab itu pun lesap tidak disebut lagi. Akan tetapi, Peguam Negara tetap membisu buat tak tahu. Malah permintaan bantuan untuk menyiasat aliran tunai 1MDB daripada Peguam Negara Switzerland pun ditolak atas alasan yang langsung tidak masuk akal.

Sempena menyambut 100 hari bertugas sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baru, Datuk Zulkifli Ahmad pula memberikan amaran keras kepada YBYB.

Warkah beliau berkata, “Hentikanlah membuai para marhaen dengan ciptaan dan dongengan yang mengaburi kebenaran, sedang jari jemarimu terus rakus meragut habuan.”

Beliau tambah lagi, “buat mereka yang masih mabuk dan lemas dalam suapan, dengarlah laungan amaran ini. Buat kali yang sekiannya, hentikanlah segala pengkhianatan yang berumbikan rasuah dan salah guna kuasa.”

Bunyinya cukup manis, suaranya macam hero, tapi amaran bagi kepada siapa? Siapakah YB yang membuai dongengan dan masih mabuk dan lemas dengan suapan? Adakah dongengan yang disebut itu merujuk kepada Tok Arab yang telah menderma RM2.6 bilion kepada Dato’ Seri Najib Razak untuk melawan ISIS yang pada ketika itu belum wujud lagi?

Kini pula, negara kita ini digadaikan kepada negara China untuk menyelematkan 1MDB dan kuncu-kuncunya. Projek keretapi Pantai Timur yang baru 2 tahun yang lalu dianggarkan bernilai RM30 bilion, tiba-tiba ditawarkan kepada syarikat negara Cina yang telah disenaraihitamkan oleh World Bank dengan harga RM55 bilion!

Rakyat Malaysia nak tanya Ketua Pesuruhjaya SPRM, kenapa kesemua ini tidak disiasat?

Apatah lagi, Menteri Dalam Pejabat Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdul Rahman Dahlan telah mengesahkan bahawa “MO1” yang dirujuk oleh kes kleptokrasi DOJ Amerika Syarikat itu adalah Dato’ Seri Najib Razak, kenapa SPRM tak buat sebarang tindakan langsung?

Tambahan pula, Dato’ Seri Najib Razak sendiri tidak pernah sekali pun menafikan tuduhan-tuduhan bahawa wang sebanyak US$731 juta yang berpunca daripada 1MDB telah masuk ke dalam akaun peribadi beliau. Kalau tak benar, kenapa tak berani nafi sehingga hari ini?

Perkara ini jelas berbeza bila dibandingkan dengan tindakan SPRM ke atas Setiausaha Agung DAP, Sdr Lim Guan Eng yang dituduh membeli banglo lama dengan kos di bawah harga pasaran dan memberikan manfaat kepada pihak penjual melalui penukaran hak guna sekeping tanah di Pulau Pinang.

Bukan sahaja perkara tersebut dinafikan serta-merta, Ketua Menteri Pulau Pinang telah mengemukakan bukti-bukti kukuh untuk membalas tuduhan-tuduhan tersebut. Banglo tersebut yang dibeli dengan pinjaman bank adalah memang menurut harga pasaran pada masa persetujuan dicapai pada tahun 2012 dan disokong oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta di bawah Kementerian Kewangan dan penilai harta swasta.

Sementara itu, permohonan penukaran hak guna tanah yang disebut tidak diluluskan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang pada masa itu. Kalau macam itu, mana berlakunya rasuah yang dituduh oleh Peguam Negara dan SPRM?

Malah, Sdr Lim Guan Eng telah berjelajah seluruh negara untuk menafi dan menjawab dakwaan-dakwaan liar yang berat berbau politik yang dilontarkan oleh Peguam Negara. Tak macam Dato’ Seri Najib yang diam membisu kerana jelas bersalah, Sdr Lim Guan Eng pantang dicabar, beliau berani kerana benar.

Oleh sebab itu, kami di DAP Selangor akan tetap memberikan sokongan penuh kepada pimpinan Sdr Lim Guan Eng. Saya minta semua perwakilan berdiri dengan mengangkat plakad yang telah disediakan untuk menunjukkan sokong, simpati dan solidariti kami bersama Sdr Lim Guan Eng, yang buat masa ini dipaksa berehat di rumah akibat tidak sihat.

Let the photographers capture this moment so that Sdr Lim Guan Eng see our support for himself and he will get well soon.

Saudara-saudari sekalian,

Seperti apa yang saya telah sebut tadi, rakyat Malaysia tidak boleh mengharapkan institusiinstitusi penguatkuasaan untuk mengambil tindakan terhadap Dato’ Seri Najib Razak.

Sekarang perkara ini nak bahas dalam Parlimen pun dilarang oleh Speaker dengan alasan “sub judice” kerana perkara ini tengah dibicarakan di Amerika Syarikat. Alasan ini langsung tak masuk akal, tapi apa kita boleh buat?

Oleh itu, kerajaan Najib dan Barisan Nasional hanya boleh diguling oleh rakyat Malaysia melalui pilihanraya umum. Dan Najib tahun majoriti besar rakyat Malaysia telah hilang keyakinan ke atas pimpinan beliau. Beliau takut pegangan kuasanya akan hilang akibat gelombang tsunami terbesar dalam sejarah Malaysia yang akan berlaku pada pilihanraya yang akan datang.

Oleh sebab itu, sudah berbilion-bilion dolar dicuri, undi rakyat Malaysia pula akan ditipu dengan persempadanan semula yang tengah dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihanraya.

What we have before us is the worst case of gerrymandering in the history of Malaysia and the worst state affected is none other than Selangor.

Dulu Parlimen Sg Buloh, yang kini dikenali sebagai Parlimen Subang, pembangkang mencatat majoriti 26,719. Tapi selepas DUN Bkt Lanjan dipindah ke Parlimen Damansara, yang sekarang Parlimen saya, Petaling Jaya Utara, majoriti mengikut keputusan pilihanraya yang lalu hanya tinggal 3,037 sahaja.

Dulu Parlimen Hulu Langat dimenangi oleh pembangkang dengan 17,267 undi majoriti. Tapi selepas DUN Kajang dikeluarkan daripada Hulu Langat dan dimasukkan ke dalam Parlimen Bangi, yang kini dikenali sebagai Serdang, majoriti baru terjunam sehingga 1,046 undi.

Dulu Parlimen Kapar dimenangi oleh PKR dengan majoriti 23,790. Tapi DUN Sg Pinang dipindah pula ke Parlimen Klang, menyebabkan majoriti baru Kapar hanya tinggal 391 sahaja.

Di peringkat DUN pula lagi dahsyat. Menurut persempadanan yang baru, UMNO akan terus dapat menambahkan 7 kerusi menurut keputusan pilihanraya yang lalu. Mereka adalah Ijok, Dusun Tua, Sementa, Selat Klang, Pelabuhan Klang, Sijangkang dan Morib. Manakala 8 kerusi lagi akan menjadi kerusi amat marginal, termasuk Taman Templer, Seri Serdang, Taman Medan, Paya Jaras, Batu Tiga, Seri Andalas, Gombak Setia dan Hulu Kelang.

Jelas, tindakan persempadanan semula yang jelas melanggar Perlembagaan Malaysia yang mewajibkan supaya setiap bahagian pilihanraya di dalam sesuatu Negeri patutlah “lebih kurang sama banyak”. Persempadanan kawasan DUN atau Parlimen tidak sepatutnya dibuat dengan niat menambahkan peluang kemenangan UMNO Barisan Nasional.

Oleh sebab itu, kami bukan sahaja perlu menyuarakan bantahan rasmi ke atas setiap peringkat rancangan persempandanan semula, bukan sahaja akan melawan SPR di Mahkamah untuk semua kawasan yang terjejas, rakyat perlu bersatu menunjukkan perasaan tidak puas hati secara besar-besaran dalam himpunan aman Bersih5 pada 19hb November minggu depan.

Mari kita semua yang berada di Selangor, keluarga kita, saudara-mara kita, jiran kita, kawan kita, rakan kerja kita – pelawa semua keluar bersama Bersih dengan baju kuning. Mari kita menjadi sebahagian sejarah yang mencatat rekod himpunan Bersih yang terbesar sekali untuk menuntut pilihanraya yang bebas dan adil. Biar Bersih5 mencetuskan gelombang harapan dikalangan orang ramai seluruh Malaysia dalam perjuang kita untuk membuka lembaran baru
dengan kerajaan Pakatan Harapan di Putrajaya.

Saudara-saudari sekalian,

Walaupun pihak lawan telah memberikan pelbagai isu dan skandal seperti 1MDB, Felda Global Ventures dan Mara untuk kita bangkitkan dan serang, jangan kita lupa menjaga dan mempertahankan rumah kita sendiri.

Isu penggendalaan dan catuan bekalan air di negeri Selangor telah menjadi satu isu yang penting dan hangat yang telah menyusahkan beratus-ratus ribu penduduk. Sudah tentu, musuh kita mengambil kesempatan untuk mengapi-apikan perkara ini.

Adalah tanggungjawab kita semua untuk menjelaskan situasi air kepada rakyat Selangor dengan jelas supaya mereka memahami situasi yang sebenar. Syarikat Bekalan Air Selangor, atau lebih dikenali sebagai SYABAS telah diswastakan oleh kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2000. Akibat penswastaan kepada syarikat bekas bendahari UMNO Selangor, SYABAS tidak menjalankan penyelenggaraan dan penggantian paip yang dijadualkan dan diperlukan untuk menjaminkan pembekalan air pada jangka masa panjang.

Walaupun kos penyelenggaraan dan penggantian paip merupakan tanggungjawab SYABAS dalam perjanjian konsesi, ia diabaikan kerana sebuah syarikat swasta hanya berminat mendapat keuntungan yang besar dan tidak berminat menjaga kepentingan rakyat. Akibat “underinvestment” selama 15 tahun ini, Selangor hanya mempunyai “reserve margin” sebanyak 3% sahaja. Itupun setelah kerajaan Selangor menjalankan projek Mitigasi ke-2 dengan pembiayai sebanyak RM200 juta untuk meningkatkan margin dari 2.5% sebelum ini.

Ini adalah kerana “non-revenue water” atau air tidak berhasil di Selangor adalah antara yang tertinggi di Malaysia pada tahap 33%. Antaranya, kadar pembocoran adalah setinggi 25%. Maksudnya, untuk 100 liter air yang dikeluarkan oleh loji air rawat, 25 liter akan hilang akibat pembocoran paip yang tidak selenggara atau diganti oleh SYABAS selama ini.

Oleh sebab reserve margin yang terlampau tipis, sebarang gangguan yang berlaku – misalnya pencemaran air atau sabotaj oleh mana-mana pihak, bekalan air akan tergendala secara sirius dan catuan air berkemungkinan besar perlu dilaksanakan.

Walaupun ini bukan salah kerajaan negeri sekarang, masalah ini mesti diatasi secepat mungkin. Malangnya pengambil-alihan SYABAS dan loji air Puncak Niaga dan ABBAS hanya berjaya dimuktamadkan pada tahun lalu manakala sebarang peruntukan oleh kerajaan negeri Selangor untuk menyempurnakan sistem bekalan air akan memakan masa yang tertentu.

Paip sepanjang 6,000 kilometer atau lebih daripada 20% paip yang sedia ada perlu diganti dengan paip baru.

Akan tetapi saya amat bangga kerajaan negeri Selangor telah mengambil langkah-langkah konkrit dan proaktif untuk menyelesaikan masalah air Selangor dengan secepat mungkin.

Projek Mitigasi ke-3 yang bernilai RM43 juta akan menambahkan 50 juta liter setiap hari ke mukim Hulu Langat dijangka akan siap pada awal tahun depan.

Kerajaan negeri Selangor juga telah memperuntukkan sebanyak RM300 juta untuk menggantikan paip bocor di 84 kawasan hotspot dari 2016 sehingga 2018. RM650 juta juga telah diperuntukkan untuk membina dua buah loji rawatan air baru di Semenyih dan Labohan Dagang. RM500 juta juga telah dibelanjakan dengan projek Hybrid Off-River Augmentation System (HORAS) untuk menjamin bekalan air mentah di Sungai Selangor yang mencukupi.

Malangnya, pelaburan kerajaan Selangor hari ini untuk menyempurnakan sistem bekalan air hanya akan berkesan dan dirasa oleh pihak pengguna daripada tahun 2018 apabila projek-projek yang disebut tadi siap. Pada masa yang terdekat, masalah air masih mungkin terjadi jika berlakunya gangguan seperti sabotaj dan pencemaran.

Kita menyeru supaya kesemua ahli-ahli DAP, ketua-ketua kampung dan ahli-ahli majlis untuk menjalankan kempen menjimatkan air, memantau kebersihan sungai-sungai kita dan menyampaikan segala bantuan yang diperlukan di kawasan-kawasan yang menghadapi masalah bekalan air.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada wakil-wakil rakyat DAP yang telah berprestasi cemerlang di dalam Parlimen dan di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Walaupun ADUN DAP merupakan ADUN Kerajaan, namun mereka tidak bersikap sekadar menjadi “rubber stamp” di dalam Dewan, tak seperti Ahli Parlimen BN dalam Parlimen.

Mereka rajin membahaskan isu-isu penting yang berteraskan isu akauntabiliti dan ‘good governance’ seperti DEIG, Selgate & Memorandum Air.

Wakil rakyat DAP juga membuktikan bahawa kami merupakan wakil kepada semua rakyat Malaysia tak kira kaum, tak kira agama. Misalnya, saya difahamkan bahawa ADUN Kg Tunku, Sdr Lau Weng San sering mengambil kesempatan menyuarakan isu kebajikan umat Islam di dalam Dewan. Inilah Malaysia yang kami di DAP impikan, di mana Cina boleh tolong Melayu, Melayu boleh sokong India, India boleh jaga Iban, Iban boleh bantu Kadazan dan Kadazan boleh mengambil berat tentang komuniti Cina.

This is how we intend to break the racial silos and seggregation perpetuated by Barisan Nasional where UMNO look after only the Malays, MCA the Chinese and MIC the Indians.

Speaker DUN, Sdri Hannah Yeoh telah meneruskan reformasi Dewan yang bermula sejak sesi yang lalu yang diterajui oleh Sdr Teng Chang Khim. Banyak Jawatankuasa Pilihan Tetap dan Khas untuk pelbagai isu berkepentingan telah ditubuhkan dan diwakili oleh semua pihak untuk memperkasakan peranan Dewan sebagai sebuah institusi legislatif yang aktif dan berkesan. Ini berbanding dengan Speaker Parlimen yang langsung enggan menjalankan reformasi tersebut.

Peranan Ketua Pembangkang juga telah dimaktubkan di dalam Peraturan Tetap Dewan di mana beliau diwajibkan untuk mengambil jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang atau PAC. Beliau juga diberi ruang khas Ucapan Ketua Pembangkang di dalam aturan mesyuarat Dewan.

Dewan Negeri Selangor juga telah menjadi satu institusi legislatif yang paling inklusif di seluruh Malaysia, di mana golongan kurang upaya dapat mengikuti siaran langsung persidangan dewan melalui saranan Bahasa isyarat.

Malangnya, rekod prestasi wakil rakyat DAP Selangor tercemar apabila kita menemui bukti bahawa ADUN Telok Dato telah menyalahgunakan peruntukan yang diamanahkan oleh kerajaan Selangor. Setelah siasatan yang menyeluruh dijalankan oleh jawatankuasa DAP Selangor dan Lembaga Disiplin DAP mengesahkan penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah, beliau telah dipecat dengan serta-merta dan rayuan beliau telah ditolak oleh Pimpinan Eksekutif Pusat. Pada masa yang sama, semua dokumen yang berkaitan telah diserahkan kepada SPRM atau MACC.

Walaupun kesan kepada DAP adalah cukup besar, di mana kita hilang satu kerusi di DUN Selangor dan nama baik parti terjejas, namum DAP berpegang dengan prinsip di mana amanah yang telah diberikan oleh rakyat kepada kita tidak boleh dipecahkan.

Biar contoh ini menjadi amaran dan teladan kepada semua wakil rakyat, ketua kampung, ahli majlis dan lain-lain jawatan kerajaan yang dilantik oleh parti sekarang dan pada masa yang akan datang, bahawa parti DAP tidak akan teragak-agak untuk menghukum dan memecat mana-mana pihak yang rasuah, salahguna kuasa dan pecah amanah.

As you can see from the DAP Selangor financial statements, we don’t have a lot of cash or assets. The biggest asset of the party is our reputation for integrity. We must protect and uphold our integrity at all costs to ensure the people’s support for us will only continue to grow and never waver.

Saudara-saudari sekalian,

Tahun yang akan datang mungkin akan merupakan tahun yang paling mencabar bagi parti DAP, terutamanya di Selangor. Seperti apa yang saya telah ulaskan, terdapat banyak ketidakpastian yang perlu kita atasi bersama.

Akan tetapi, tak kira apa jua yang akan berlaku, ahli-ahli DAP dari barisan pimpinan ke peringkat akar-umbi tidak boleh kehilangan harapan bahawa Malaysia dapat diselamatkan.

We do not have the right to lose hope because the struggles of our top veteran leaders have taken us so far.

Pada tahun 80-an dan 90-an, rakyat langsung tak boleh bayangkan pembangkang menafikan kerajaan BN majoriti 2/3 di dalam Parlimen, apatah lagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Hari ini, kita bukan sahaja telah menafikan kerajaan BN majoriti 2/3 dua pilihanraya berturut-turut, kita telah mencapai undi popular melebihi 51% untuk kali pertama dalam sejarah Malaysia.

Apabila pemimpin utama DAP, Sdr Lim Kit Siang dan Sdr Karpal Singh pun boleh tewas dalam kerusi mereka pada tahun 1999, mereka tentulah berhak berputus asa kerana kekecewaan selepas perjuangan berpuluh-puluh tahun.

But because they never gave up and continued fighting for the DAP and for all Malaysians, today we have the privilege of being disappointed if we fail to win Federal power. Because of them persisting with the fight throughout the most hopeless of times, today we actually see some possibility, even if it’s still an uphill battle, of defeating Barisan Nasional.

Even the 22-year Prime Minister of Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammed wants to stand with his nemesis Sdr Lim Kit Siang to be on the right side of history today, apa lu mau lagi? Oleh itu, mari kita terus berjuang dengan lebih bersungguh-sungguh demi masa depan anak cucu kita.

Akhir sekali, izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa yang telah bekerja keras merancang, mengatur dan menjayakan konvensyen Selangor hari ini. For all the good things you see and experience today, credit goes to them. For all the shortcomings, place the blame on me and please accept my sincere apologies.

Sekian. Terima kasih.