Skip to content

Menyeru Menteri Besar Terengganu untuk menghentikan sikap tamak dan tidak mementingkan rakyat dalam amalan seluruh pentadbiran kerajaannya

Penebangan sebatang pokok berusia ratusan tahun berukuran sebesar sebuah lori baru-baru ini benar-benar memilukan hati segenap rakyat Malaysia. (https://m.malaysiakini.com/news/575878)

Gambar batang balak gergasi yang memenuhi seluruh ruang besar lori yang dipaparkan dalam talian menjadi tular serta menimbulkan kemarahan orang ramai (https://www.facebook.com/1778074021/posts/10208091375840334/?d=n).

Sekiranya anda menanam sebatang pokok, masa diperlukan adalah lima tahun untuk mencapai ukuran lengan. Beratus tahun diperlukan untuk sebatang pokok tumbuh sebesar itu. Dan sekarang ada individu yang sanggup menebang sebatang pokok dengan saiz sebesar sebuah lori tanpa rasa bersalah!

Saya percaya pokok purba gergasi seperti itu tidak boleh datang dari tempat lain kecuali hutan yang mempunyai nilai persekitaran dan pemeliharaan yang sangat tinggi.

Apa yang telah kita lihat ialah gambar sebatang pokok balak atas sebuah lori. Tapi tidak mungkin pembalak masuk hutan hanya untuk menebang sepohon pokok sahaja.

Menurut Jabatan Perhutanan Pahang, kayu balak itu berasal dari Terengganu. Oleh itu, Jabatan Perhutanan Terengganu mesti menunjukkan kepada rakyat Malaysia di mana tunggulnya agar kita tahu di mana penebangan ini berlaku.

Berapa luas kawasan hutan yang musnah, berapa banyak lagi yang akan dimusnahkan dan juga mengapa lesen diberikan untuk pembalakan di kawasan ini?

Saya menyeru Menteri Besar Terengganu untuk menghentikan sikap tamak dan tidak mementingkan rakyat dalam amalan seluruh pentadbiran kerajaannya. Adalah menjadi kewajipan seorang pemimpin untuk memastikan warisan khazanah negara dilindungi. Janganlah ambil semua yang ada dan tidak meninggalkan apa-apa untuk anak-anak kita.