14 tahun yang lepas, saya telah diberikan kepercayaan oleh Parti saya DAP, dan diberikan mandate oleh Pengundi-Pengundi di Kawasan DUN Canning, Perak, untuk menjadi wakil Rakyat bagi kali pertama.
Pertama kali saya menjadi wakil Rakyat, juga pertama kali Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan di Negeri Perak, namun Kerajaan tersebut telah jatuh selepas 11 bulan. Sebab kejatuhan Kerajaan adalah tidak lain daripada disebabkan oleh 3 orang ADUN yang melompat parti pada ketika itu, yang menjadikan majoriti 31 (BN) dan 28 (PR).
Peristiwa ini telah menyebabkan suatu krisis perlembagaan Negeri Perak yang berlangsung hampir 2 tahun, sehingga Mahkamah Persekutuan membuat keputusan terakhir siapakah MB yang sah pada ketika itu.
Tahun 2018, saya diberikan kepercayaan oleh Parti saya DAP, dan diberikan mandat oleh Pengundi-Pengundi di Kawasan Ipoh Timor, dan menjadi Ahli Parlimen bagi kali pertama.
Pertama kali saya menjadi Ahli Parlimen, juga pertama kali Pakatan Haraoan menjadi Kerajaan di peringkat KerajaanPersekutuan, namun Kerajaan tersebut telah jatuh selepas 22 bulan. Sekali lagi, sebab kejatuhan Kerajaan adalah tidak lain daripada ada golongan-golongan yang telah mengkhianati mandate Rakyat.
Peristiwa ini telah menyebabkan ketidakstabilan politik, dan keadaan bertambah teruk apabila negara sedang dilanda pendemik Covid-19. Ini menyebabkan Perdana Menteri telah pun bertukar 3 kali.
Jelas, adalah menjadi harapan daripada Rakyat, demi memastikan pilihan Rakyat dalam Pilihanraya adalah terjamin, suatu undang-undang Anti-Lompat Parti, samaada dalam bentuk pindaan Perlembagaan, atau dalam bentuk Akta, haruslah digubal.
Undang-Undang Anti-Lompat Parti sememangnya sesuatu yang telah diketengahkan oleh Ahli-Ahli Parlimen DAP sejak dulu lagi, dan saya mengambil hari ini sebagai hari yang bersejarah yang mana usaha pembentangan undang-undang Anti Hopping Parti berlaku bagi kali pertama dalam sejarah Malaysia, hasil daripada penandatangan MOU Transformasi dan Kestabilan Politik antara Pakatan Harapan dengan Kerajaan Malaysia pada bulan September 2021, walaupun saya berpandangan bahawa pindaan Perlembagaan Persekutuan pada hari ini harus diperbaiki, dan bentuk undang-undang Anti-Lompat Parti boleh diperhalusi.
Pindaan Perlembagaan Persekutuan pada hari ini, walaupun bertujuan sebagai suatu “enabling provision”, mendatangkan kebimbangan kuasa yang terlalu besar diberikan kepada Kerajaan yang memegang kuasa (Government of the Day).
Saya berpandangan bahawa sekiranya kesemua ahli-ahli kebinet dalam Kerajaan mempunyai tekad untuk mengubal dan meluluskan suatu undang-undang anti-lompat parti, Kerajaan tidak perlu mengambil Langkah “2 steps” iaitu pindaan Perlembagaan Persekutuan dan RUU Anti Lompat Parti, tetapi kesemuanya boleh dilakukan dengan suatu Pindaan Perlembagaan Persekutuan, iaitu pindaan terhadap Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan telah menyatakan lebih daripada 20 sesi libat urus telah diadakah, bermula pada bulan November 2021. Pada semua masa, Ahli-Ahli Parlimen adalah diberitahu bahawa undang-undang Anti-Lompat Parti akan dilaksanakan dengan pindaan terhadap Artikel 48 Pindaan Perlembagaan, dengan menyatakan bagaimana seseorang Ahli Parlimen adalah kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen.
Selaku seorang Pengamal Undang-undang, saya berpendapat pindaan Artikel 48 ini merupakan bentuk yang paling baik, yang mana isu penting seperti Anti-Lompat Parti adalah termaktub dalam undang-undang tertinggi Negara, dengan sebarang pindaan pada masa depan hanya memerlukan suatu undi majoriti dan bukan 2/3.
Daripada perbahasan-perbahasan rakan-rakan saya dalam Dewan ini, biar pun dari sebelah sini dan sebelah sana, sememangnya Dewan ini mempunyai satu consensus secara dasar, iaitu perlunya suatu Undang-Undang Anti-Lompat Parti digubal, bagi tujuan memastikan pilihan rakyat adalah terjamin dan terlindung.
Apa yang mungkin menjadi perbezaan pendapat adalah (1) Definisi lompat parti untuk mereka yang dipecat dari Parti; (2) Definisi lompat parti untuk mereka yang dipilih atas tiket bebas.
Dari sekarang sampai Sidang Khas yang akan datang, mungkin dalam masa 1.5 bulan, kita tidak mahu nampak ada insiden lompat parti lagi. Saya mencadangkan walaupun ketiadaan Undang-Undang Anti-Lompat Parti sekarang, kesemua Parti yang mempunyai Ahli dalam Dewan ini harus mengambil satu pendirian politik, menolak pengambilan sebarang wakil-wakil Rakyat biarpun Ahli Parlimen atau ADUN asal dari Parti lain, ke dalam Partinya. Ini adalah penting untuk membuktikan komitment setiap Parti Politik mendokong semangat Anti-Lompat Parti dan sekaligus mengakhiri hayat siapa-siapa yang hendak menjadi katak politik.
Kerajaan telah mencadangkan supaya Pindaan Perlembagaan Persekutuan ini dirujuk kepada suatu JK Pilihan Khas Parlimen supaya Pindaan Perlembagaan Persekutuan dan RUU Anti-Lompat Parti dapat diperhalusi dan dipersetujui oleh suatu JK Pilihan Khas Parlimen bipartisan.
Kita perlu faham, draft Pindaan Perlembagaan Persekutuan pada Artikel 48 PP telah dipersetujui oleh JK Teknikal MOU Kestabilan Politik, draft yang dikeumukan oleh Kerajaan sendiri dipersetujui oleh Pembangkang, tetapi pada akhirnya tidak dipersetujui oleh Kabinet sendiri. Perkara yang sama tidak harus berulang.
Persoalan saya adalah: Samaada Kerajaan akan memberikan komitment bahawa Kabinet akan bersetuju atas segala keputusan yang telah dicapai di peringkat JK Pilihan Khas Parlimen? Komitment ini adalah amat penting kerana sekiranya JK Pilihan Khas Parlimen menggunakan masa katakana sebulan untuk mencapai suatu cadangan yangdipersetujui, apabila masuk dalam cabinet pula tidak dipersetujui? Maka, dalam penggulungan nanti, Kerajaan harus memaparkan komitmen Kerajaan bahawa kabinet akan bersetuju dengan cadangan JK Pilihan Khas Parlimen.
Saya menyeru supaya Undang-Undang Anti-Lompat Parti, dalam apa-apa bentuk, hendaklah dibentang dan diluluskan dalam masa segera, iaitu tidak lewat daripada 1.5 bulan dari sekarang.