Skip to content

Minta Jais dan Razali memohon maaf secara terbuka terhadap fitnah yang telah dilakukan

Saya merujuk kenyataan dikeluarkan pemimpin MCA Kluang, Sdr Gan Ping Sieu semalam sepertimana pautan http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/06/13/jangan-heret-mca-dalam-isu-bazar-ramadan-kluang/

Kenyataan beliau telah menjadi asas bahawa ADUN Mahkota Datuk Md Jais Sarday serta Ahli Parlimen Muar Datuk Razali Ibrahim telah berbohong.

Pada 12 Jun 2017, BH Online melaporkan Jais yang juga Setiausaha UMNO Johor dan Ketua UMNO Bahagian Kluang sebagai berkata, isu sebenar yang mengheret kepada insiden kekecohan dekat Bazar Ramadhan Bandar Kluang tempoh hari berpunca dari peristiwa 2007.

Beliau mendakwa DAP meminta agar bazar tersebut dipindahkan dari kawasan sedia ada ke kawasan lain. Hal tersebut dakwa beliau telah menimbulkan bantahan dan kemarahan peniaga Melayu. Rujuk https://www.google.com/amp/www.bharian.com.my/node/292065/amp

Razali turut mempertahankan hujah Jais. Rujuk https://m.malaysiakini.com/news/385373#

Ahli Parlimen Kluang telah menyanggah fakta semberono kedua-dua pemimpin UMNO itu. Rujuk https://m.malaysiakini.com/news/385442

Dan kenyataan dikeluarkan oleh Gan Ping Sieu semalam pula telah mengesahkan hakikat pembohongan Jais dan Razali. Ya, Jais dan Razali sedang BERBOHONG!

Perkara ini sangat mendukacitakan. Saya ingin bertanya kepada Jais dan Razali; dimanakah letaknya kredibiliti anda sebagai seorang pemimpin politik dan masyarakat? Anda sanggup memfitnah, menyebarkan pembohongan. Dimana maruah anda?

Pemimpin yang sanggup berbohong dan memfitnah tidak wajar sama sekali memegang amanah kepimpinan. Lebih baik mereka letak jawatan sahaja.

Saya minta agar Jais dan Razali memohon maaf secara terbuka terhadap fitnah yang telah dilakukan.

Bahkan, Jais dan Razali juga perlu minta maaf dengan rakyat. Tindakan kedua-dua pemimpin UMNO ini hakikatnya telah memalukan imej pekerti orang Melayu, Islam dan keseluruhan rakyat Malaysia umumnya. Mereka juga seolah-olah dengan mudahnya merendah-rendahkan kebijaksanaan rakyat dalam menilai perkara yang sebenar.