Saya minta Kerajaan BN supaya jangan bebankan hidup rakyat dengan cukai perlancongan baru yang bakal dilaksanakan mulai 1hb Julai ini.
Adakah dana kerajaan sudah kering kontang sehingga perlu mengutip cukai baru ini walaupun kerajaan BN telah melaksanakan cukai GST 6% sejak tahun 2015.
Adakah cukai perlancongan akan diguna untuk bayar hutang 1 MDB?
Adakah cukai perlancongan ini akan diguna pakai untuk membayar hutang 1 MDB sebanyak RM50 billion kerana cukai GST yang dikutip kini terpaksa diguna untuk membiayai kos bayar hutang negara yang mencecah RM29.4 billion setahun.
Rakyat yang mendiami hotel telah dikenakan caj perkhidmatan 10% dan cukai GST 6%, sekiranya cukai hotel ini dilaksanakan, ia bererti rakyat terpaksa menanggung cukai tiga kali atau “triple Taxation“. Ini adalah satu beban yang cukup berat dan sejenis bentuk kezaliman.
Berkenaan dengan gaduh di antara Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Dato Seri Nazri Tan Sri Aziz dan Menteri Perlancongan Negeri Sarawak, Dato Abdul Karim, Nga mengingatkan bahawa semasa parlimen meluluskan Akta Cukai Perlancongan pada pagi 4.57 am April tahun ini, tidak ada seorangpun Ahli Parlimen dari BN Sabah dan Sarawak yang membantah kelulusan Akta itu maka tindakan membantah oleh BN Sarawak sekarang adalah sikap hipokrit, rakyat boleh nilai sendiri.
Saya membidas sikap kerajaan BN yang sengaja meluluskan Akta undang-undang pada waktu larut malam atau waktu subuh pagi, beliau menyifatkan ia “amalan pencuri”, kerana “hanya pencuri akan muncul pada waktu larut malam”.
Saya minta kerajaan supaya menangguhkan kutipan cukai perlancongan ini kerana pada waktu ini rakyat sudah terasa dengan baham kenaikan kos sara hidup yang amat membebankan.