Pengumuman YAB Timbalan Perdana Menteri (TPM) YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkenaan pengeluaran biodiesel untuk mengatasi masalah krisis kekurangan dan peningkatan harga diesel adalah amat menggalakkan.
Walau bagaimanapun, kenyataan TPM yang bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sejajar dengan fakta pembekalan dan penggunaan biodiesel di Malaysia. Dalam kenyataannya, beliau berkata:-
a) “Kini, terdapat 19 loji pengeluaran “biofuel” samada gred B15 hingga B50.”
b) “19 loji pengeluaran biodiesel di seluruh negara dijangka mampu membekalkan 1.5 juta liter biodisel sebulan.”
c) “Kita akan gunakan sludge atau produk sampingan yang dikeluarkan daripada minyak sawit mentah (CPO), di mana 35 peratus sludge ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk pengeluaran biodiesel dan juga bahan api jet AI.”
Angka dan fakta yang terkandung dalam kenyataan TPM tersebut adalah tidak sejajar dengan keadaan pengeluaran biodiesel yang sedia ada.
i)Kuantiti minyak keladak sememangnya tidak mencukupi untuk B15 ke B50. Jumlah pengeluaran minyak
ii)Kabanyakan kilang biodiesel tidak dapat memproses minyak keladak disebabkan oleh teknologiyang digunakan dan kandungan asid lelemak bebas(FFA) dan bendasing yang tinggi. Oleh itu, hasilpengeluaran biodiesel menggunakan minyak keladak adalah 10 hingga 15% lebih rendah berbanding biodieselyang dihasilkan dari minyak sawit. Hanya hampir 15%daripada 18 kilang yang mampu memproses minyak keladak menjadi biodiesel.
iii)Eksport minyak keladak ada
Saya berharap pihak MTEN dan pejabat media Kerajaan boleh mengadakan libat-urus dengan pemain industri supaya Kerajaan boleh mendapat nombor dan fakta berkenaan pembekalan dan penggunaan biodiesel di Malaysia yang sebenar, demi memastikan kerajaan tidak membuat kesilapan dari segi pengiraan bajet pembangunan depoh biodiesel di negara kita.