MANTAN PENGERUSI PAC NUR JAZLAN
Saya membaca komen berunsur tuduhan Nur Jazlan Mohamed berkenaan dengan PAC-LCS.
Seperti sesetengah politikus yang lain, Mantan Pengerusi PAC itu menuduh PAC yang dipengerusikan oleh saya dipergunakan “bagi mencari modal politik baru untuk serang UMNO / BN”.
Bukan sekali saya telah menjawab tuduhan dan tohman sebegitu. Jangan cuba memburukkan kredibiliti PAC. Kamu nak cari jalan keluar politk, kredif sikit, itu tidak kena mengena dengan PAC, jangan sentuh PAC.
PAC bebas, jangan cuba cabar kredibiliti PAC.
Bekas Perdana Menteri Najib Razak pun telah banyak kali ungkitkan perkara yang sama, yang saya telah jawab. Saya bagi jawapan saya kepada Najib Razak tahun lepas dan tahun ini untuk memudahkan Nur Jazlan buat rujukan.
https://www.facebook.com/100044803703769/posts/590568965779888/?d=n
https://www.facebook.com/100044803703769/posts/443639693806150/?d=n
Saya ulangi. PAC tidak membuat Laporan melalui perasaan sendiri. Laporan PAC berpandukan keterangan dan fakta. Laporan PAC merupakan hasil konsensus kesemua ahli-ahli PAC. Yang duduk dalam PAC, dari kedua-dua blok Parlimen, semua satu hati, hendak memastikan wang Rakyat adalah dilindungi. Khalas.
Nur Jazlan kata beliau seorang “akauntan professional lulusan ACCA dan amat arif tentang tata cara dan prosedur dalam setiap pelaporan penemuan yang dibuat oleh PAC”.
Beliau kata saya “tidak mempunyai pengalaman dalam pentadbiran kerajaan dan juga dalam korporat mahupun pengauditan antarabangsa”. Beliau juga kata jawatankuasa yang dipimpin oleh saya tidak mempunyai pengalaman yang sama selain hanya menjadi politikus.
Mungkin Nur Jazlan berasa beliau lebih arif daripada sesiapapun yang pernah duduk dalam PAC. Saya menghormati pandangan beliau.
Sampai sini, saya ingin mengajak Rakyat Malaysia untuk meluangkan sedikit masa melawati website PAC Parlimen Malaysia. Di situ ada Arkib Laporan-Laporan PAC sejak dulu lagi.
Rakyat boleh membaca Laporan-Laporan PAC yang disediakan semasa Nur Jazlan “yang amat arif” menjadi Pengerusi PAC (Jun 2013 – Julai 2015) dan Laporan-Laporan PAC yang disediakan semasa saya “yang tidak mempunyai pengalaman dalam pentadbiran kerajaan” menjadi Pengerusi PAC (Ogos 2020 – Sekarang).
Biar Rakyat menilai kualiti Laporan-Laporan yang dibentangkan. Rakyat yang akan tentukan, bukan Nur Jazlan atau saya sendiri.
Ada sedikit lagi pandangan dari saya. Saya memang respek Nur Jazlan semasa menjadi Pengerusi PAC dari 2013-2015. Vokal dalam isu-isu seperti 1MDB. Tapi, masa Prosiding PAC 1MDB masih tengah jalan, Nur Jazlan pula menerima pelantikan Timbalan Menteri dan terus letak jawatan Pengerusi PAC pada 28 Julai 2015.
Nur Jazlan patut mengguna kearifan beliau untuk membantu PAC pada Ketika itu, habiskan Laporan Muktamad PAC 1MDB dahulu. Show that you are different lah!
Lepas dilantik, diam seribu bahasa.
Sekarang, pula hendak tuduh dan jatuhkan kredibiliti PAC. Kepada mantan Pengerusi PAC yang amat arif, I thought you can be better!
###NOTA: Juga saya nak bagitahu kepada Nur Jazlan, bukan kelulusan ACCA sahaja yang layak duduk dalam PAC ya. Julian Hill, Australian PAC Chair, seorang graduan undang-undang. Barbara Edmonds, New Zealand PAC Chair, seorang Tax Lawyer. Meg Hiller, UK PAC Chair, bukan graduan perakaunan. Nur Jazlan nak tegur ke?