Skip to content

Pakatan Harapan Perak cabar wakil rakyat BN lawat tapak, jangan cakap kosong dan terus tipu rakyat

Kami merujuk kepada kenyataan media Maslin Sham Razman, ADUN Bukit Chandan hari ini yang cuba nafi dan selar pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming kerana janji BN semasa PRK Kuala Kangsar pada Jun, 2016 sudah tinggal janji KOSONG.

Lawatan tapak oleh pimpinan Pakatan Harapan Perak minggu ini jelas menunjukkan janji BN semasa waktu PRK Kuala Kangsar pada Jun, 2016 sudah jadi janji KOSONG.

Tinjauan pimpinan Pakatan Harapan ke lokasi pembinaan jambatan Manong jelas menunjukkan tapak pembinaan jambatan Manong sebanyak RM43 juta kini USANG dan HANYA PENUH DENGAN SEMAK SAMUN walaupun majlis pecah tanah telah dilakukan banyak kali sejak 1990an.

Lawatan pimpinan Pakatan Harapan juga menyaksikan tapak pembinaan Dewan Orang Ramai di Kg Jerlun bernilai RM700,000.00 juga tinggal janji kosong walaupun kerajaan negeri BN Perak pernah membuat pengumuman Dewan itu akan dibina pada November, 2016 dan siap pada 2018.

Sehingga kini kerja pembinaan LANGSUNG BELUM MULA. Selain itu, Projek pembinaan Dewan orang ramai bernilai RM1 juta di Taman Chandan Puteri juga GAGAL dan sehingga hari ini belum mula kerja pembinaan.

Adalah pengetahuan umum bahawa projek awam ini yang dijanji telah GAGAL dibina seperti mana yang dijanji oleh BN. Wakil rakyat BN tidak boleh lari dari tanggungjawab dan mereka perlu jawab kepada rakyat dengan segera.

Fakta di depan mata membuktikan janji BN gagal ditepati dan seluruh rakyat negeri digesa jangan tertipu dan harus membuat perubahan menjelang PRU-14 ini.