Skip to content

Pegawai pengiring disahkan positif COVID-19 Saya telah diarahkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang untuk menjalani kuarantin di rumah mulai sekarang

Saya baru terima makluman bahawa seorang pegawai pengiring saya telah disahkan positif COVID-19.

Justeru, saya telah diarahkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) untuk menjalani kuarantin di rumah mulai sekarang.

Dalam saringan Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) yang dijalankan pada 23 Julai 2021, Jumaat, sebagaimana diwajibkan oleh pihak Parlimen bagi persidangan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas, keputusan saya adalah disahkan negatif.

Dengan ini, saya telah memaklumkan kepada Setiausaha Dewan Rakyat berhubung arahan kuarantin yang dikeluarkan kepada saya sebentar tadi.

Saya perlu menjalani satu lagi ujian saringan pada hari Rabu, 28 Julai ini.