Saya menjemput bakal calon Barisan Nasional (BN) kawasan Teluk Intan, iaitu Mah Siew Keong (Mah) untuk berdebat dalam topik “Mengapa Malaysia perlu kerajaan Pakatan yang baru”.
Dalam Jamuan Makan Malam DAP Teluk Intan yang diadakan di San Min (SUWA) pada 21.04.2018 yang dibanjiri 5,000 warga Teluk Intan, saya telah menghantar jemputan debat kepada Mah.
Perdebatan antara calon Pakatan Harapan (PH) dengan BN adalah penting demi membolehkan rakyat khususnya warga Teluk Intan lebih memahami sebab rakyat Malaysia perlukan sebuah kerajaan yang baru.
Sesungguhnya budaya debat adalah lumrah di negara demokrasi. Perdebatan antara calon turut dapat membiarkan rakyat lebih jelas terhadap inti pati sesuatu dasar yang dicadangkan dan rakyat juga diberikan peluang untuk bertanyakan soalan kepada calon untuk menjawab kemusykilan rakyat.
Telah terdapatnya perdebatan antara Ketua Menteri Pulau Pinang sementara, Lim Guan Eng dengan bekas Presiden MCA, Chua Soi Lek serta bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Koh Tsu Koon dan juga antara Anwar Ibrahim dengan Shabery Cheek walaupun Perdana Menteri sementara, Najib Razak masih tidak berani menyahut cabaran Anwar Ibrahim mahupun Dr. Mahathir untuk berdebat dari tahun 2008 sehingga kini dan tidak lupa juga perihal Presiden MCA kini, Liow Tiong Lai yang melarikan diri daripada jemputan perdebatan oleh saudara Lim Guan Eng baru-baru ini.
Adakah Mah akan menerima jemputan perdebatan untuk menyuburkan demokrasi negara ini ataupun mempelajari bosnya, Najib Razak serta sekutunya untuk membisu dalam isu pelawaan perdebatan?
Saya sekali lagi mempelawa Mah untuk mengadakan perdebatan antara kedua-duanya di Teluk Intan demi menghalusi sebabnya rakyat Malaysia perlukan sebuah kerajaan Pakatan yang baru untuk membina HARAPAN bagi anak cucu kita.