Skip to content

Pemimpin PAS dan Bersatu membuat tuduhan tidak berasas yang kerajaan perpaduan Anwar di peringkat kebangsaan akan tumbang sekiranya PN menang besar dalam enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos

Para pemimpin PAS dan Bersatu sedang membuat tuduhan tidak berasas dalam mengatakan yang kerajaan perpaduan Anwar di peringkat kebangsaan akan tumbang sekiranya PN menang besar dalam enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos.

Hakikat di mana mereka gagal untuk menjelaskan bagaimana Anwar Ibrahim dapat dibuang dari kedudukannya sebagai Perdana Menteri ke-10 menunjukkan yang mereka juga sama-sama kabur seperti orang lain mengenai topik ketumbangan kerajaan perpaduan Anwar ini.

Presiden PAS, Hadi Awang telah mendakwa yang kemenangan PN dalam pilihan raya negeri ini sangat penting untuk menukar kerajaan pusat.

Dia berkata: “Sekiranya kita menang, maka akan ada pertukaran kerajaan persekutuan. Inilah ertinya.”

Tetapi Hadi tidak dapat jelaskan bagaimana pertukaran kerajaan ini boleh terjadi.

Hadi patut dihukum kerana merancang konspirasi politik Langkah Sheraton yang telah menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan pada bulan Februari 2020 selepas hanya 22 bulan mentadbir.

Sebaliknya, dia kini meminta orang ramai untuk menyokongnya untuk konspirasi politik Langkah Sheraton kedua untuk menumbangkan kerajaan perpaduan Anwar Ibrahim.

Dalam kerajaan Pakatan Harapan dari tahun 2018 hingga 2020, Hadi telah menghasut supaya kerajaan Pakatan Harapan ditumbangkan menggunakan penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian, bersama dengan retorik perkauman dan keagamaan yang tidak bertanggungjawab dengan mengatakan yang kononnya kaum Melayu dan agama Islam sedang terancam.

Dia menuduh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai boneka dan kuli saya dan kononnya kerajaan Pakatan Harapan didominasi DAP, menggunakan ucapan Mahathir di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada September 2018 mengenai rancangan Malaysia untuk meratifikasi ICERD dan Statut Rom sebagai bukti.

Adakah Mahathir akan memberitahu Hadi kebenaran sebenarnya bahawa DAP tidak terlibat sama sekali mengenai ucapannya di Perhimpunan Agung PBB pada bulan September 2018, dan DAP, sama ada melalui Menteri Kabinet atau pimpinan politik DAP, tidak pernah meminta Mahathir untuk ke Perhimpunan Agung PBB dan menjanjikan ratifikasi ICERD atau Statut Rom?

Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu juga telah mengatakan ada cara lain untuk kerajaan persekutuan ditukar, walaupun dengan undang-undang anti lompat parti berkuatkuasa.

Walaupun Hadi dan Faizal mengatakan ada cara sah di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menumbangkan kerajaan perpaduan Anwar, hakikat di mana mereka gagal menunjukkan cara ini adalah bukti bahawa mereka juga tidak tahu bagaimana untuk menumbangkan kerajaan dengan berkuatkuasanya undang-undang anti-lompat parti yang menyekat Ahli-ahli parlimen dari menukar parti dan juga dengan dasar PN yang tidak mengiktiraf Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi yang sah dan saksama dalam pembentukan Malaysia.

Malaysia tidak perlu untuk kembali ke era di mana ada tiga Perdana Menteri dalam tempoh lima tahun.

Malaysia perlukan kestabilan politik dan perpaduan nasional semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan untuk kita bangkit semula sebagai sebuah negara hebat dunia.

Inilah perkara yang perlu diundi oleh para pengundi dalam enam negeri pada 12 Ogos ini – untuk menyokong Anwar supaya Malaysia boleh bangkit semula.

Sekiranya Anwar gagal dalam menunaikan janjinya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat dunia, maka masa untuk membuat keputusan ini adalah dalam Pilihan Raya Umum ke-16 pada tahun 2027 dan bukannya pada 12 Ogos 2023.

Tidak boleh ada undi yang terbahagi, undi protes, dan undi disimpan, kerana setiap undi adalah penting sekiranya Malaysia ingin bangkit semula menjadi negara hebat dunia.