Kelulusan Pelan Induk Kebenaran Merancang bagi Penang International Logistics Aeropark (PILA) yang merupakan projek usaha sama strategik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), bagi membangunkan sebuah terminal kargo baharu demi mengukuhkan ekosistem logistik Wilayah Utara serta menyokong pertumbuhan sektor perindustrian negeri Pulau Pinang telah berjaya diperoleh.
Kini, PDC sedang melaksanakan kerja-kerja tanah dan rawatan tanah. Fasa pertama bangunan gudang kargo udara baharu bertaraf Zon Komersial Bebas dijangka siap, dan akan mula beroperasi pada tahun 2029.
Secara keseluruhan, pembangunan PILA berupaya menampung kapasiti kargo sehingga 500,000 tan setahun menjelang tahun 2050, dengan penyediaan ruang gudang melebihi dua (2) juta kaki persegi. Malah, bagi fasa pertama pembangunan, bangunan gudang kargo udara dijangka mampu menyokong kapasiti tambahan sehingga 100,000 tan setahun.
Umumnya, kerjasama strategik PDC dan MAHB dalam mereaslisasikan projek berkenaan adalah amat penting bagi memenuhi keperluan logistik industri semikonduktor serta Elektrik dan Elektronik (E&E) pada masa hadapan selari dengan aspirasi Visi Penang2030, Rancangan Struktur Negeri 2030 serta pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA).
Majlis pelancaran PILA yang turut menerima komitmen penyewaan daripada syarikat-syarikat logistik antarabangsa serta pemain-pemain logistik tempatan sedang rancak dirancang, dan dijangka dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri.
Sekian, terima kasih.