Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Rahsia Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Pulau Pinang selaras dengan Perkara 7 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun, Yang Berhormat (YB) Goh Choon Aik telah disempurnakan penuh istiadat di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib pada hari ini.
Ekoran itu, Kerajaan Negeri ingin mengumumkan penstrukturan semula portfolio-portfolio melibatkan tiga (3) Ahli MMKN sebagaimana ketetapan berikut:-
PORTFOLIO SEBELUM INI:
YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid
Timbalan Ketua Menteri I
Pembangunan Agama Islam, Pendidikan & Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat
YB Rashidi bin Zinol
Perdagangan, Pembangunan Luar Bandar dan Keusahawanan
YB Fahmi bin Zainol
Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi
PENSTRUKTURAN PORTFOLIO (BERKUAT KUASA 6 MAC 2026):-
YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid
Timbalan Ketua Menteri I
Pembangunan Agama Islam, Pendidikan & Pengajian Tinggi dan Pembangunan Koperasi
YB Rashidi bin Zinol
Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan
YB Goh Choon Aik
Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat
Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan ini mengucapkan tahniah atas lantikan YB Goh Choon Aik sebagai Ahli MMKN yang baharu. Dalam pada itu, diharapkan barisan Ahli MMKN dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanatkan oleh rakyat dengan penuh komitmen demi merealisasikan Visi Penang2030 yang digagaskan.