Skip to content

Penghargaan kepada Setiausaha Agung DAP

Saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook kerana sudi mengaturkan mesyuarat melibatkan tiga pihak bagi membincangkan isu kenaikan kadar cukai tanah di Pulau Pinang.

Dengan ini, saya akan menyediakan satu laporan untuk diserahkan kepada beliau mengenai pelaksanaan kadar cukai tanah baharu yang mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2026 di negeri ini.

Saya juga akan mematuhi arahan Setiausaha Agung DAP supaya tidak membicarakan isu ini dalam media demi mengelakkan persepsi serta kesan negatif kepada pihak parti, barisan kepimpinan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara keseluruhan.

Dalam pada itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk terus menyeru kepada pemilik-pemilik tanah yang terkesan untuk terus mengemukakan rayuan ke pejabat-pejabat Daerah dan Tanah dalam negeri, serta pejabat Pengarah Tanah dan Galian di Komtar.