Skip to content

Penyebaran maklumat lebih tepat dan hormat kepelbagaian Agensi kerajaan harus kerap mengeluarkan kenyataan media pelbagai bahasa

Kenyataan media berbahasa Cina yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng diserang oleh Friends of Barisan Nasional atas alasan bahawa Lim Guan Eng tidak menghormati status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Pendakwaan ini adalah bersifat perkauman lantaran kenyataan media yang dikeluarkan Lim Guan Eng bukan sahaja berbahasa Cina malah turut merangkumi bahasa Melayu dan Inggeris. Dalam keadaan sedemikian, mengapakah Lim Guan Eng telah dilabelkan sebagai tidak menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan? Tindakan memburuk-burukkan sebegini merupakan taktik UMNO selama ini dan fakta sebenar jelasnya tidak menunjukkan apa yang didakwa. Kelihatannya UMNO masih belum belajar daripada pengajaran kekalahan teruk pada PRU ke-14.

Tindakan menteri yang membekalkan kenyataan media terjemahan bahasa Cina kepada media Cina adalah dapat menyalurkan berita rasmi dan data kepada media Cina secara tepat. Ini turut dapat menjimatkan tenaga dan masa untuk membuat terjemahan serta mengurangkan perihal perbezaan maksud atau penggunaan frasa yang berlainan selepas melakukan terjemahan masing-masing.

Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk yang mempunyai pelbagai bangsa dan bahasa. Pengeluaran kenyataan media dalam pelbagai bahasa menunjukkan kerajaan baharu Malaysia adalah menghormati dan menerima kemajmukan budaya dan bahasa. Bahasa Cina adalah antara tiga bahasa utama di negara kita. Selain kawasan China, Hong Kong dan Taiwan, skala media Cina negara kita adalah paling sempurna. Oleh itu, pengeluaran kenyataan media bahasa Cina oleh agensi kerajaan adalah membantu dalam usaha penyebaran maklumat antara kerajaan dengan media.

Harus ditegaskan bahawa pengeluaran kenyataan media bahasa Cina tidak bermaknanya tidak mengeluarkan kenyataan media bahasa Melayu. Pendakwaan oleh Friends of Barisan Nasional ditunjangi UMNO bahawa Lim Guan Eng telah menggantikan kenyataan media bahasa Melayu dengan bahasa Cina adalah langsung tidak berasas.

Semua harus menyahut seruan Lim Guan Eng. Selain Kementerian Kewangan, agensi lain di bawah kerajaan persekutuan harus lebih banyak menggunakan bahasa Cina. Selain penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris, pegawai harus mula menyesuaikan diri dengan penggunaan bahasa Cina ataupun bahasa ibunda. Ini dapat memastikan mesej kerajaan dan suara rakyat dapat disampaikan secara berkesan dan membina sebuah masyarakat yang menerima kepelbagaian serta mengilustrasikan kelebihan daya saing Malaysia yang mempunyai kepelbagaian dan kemajmukan dalam serantau ini.