Saya merujuk kepada Butiran-Butiran berikut:-
- Butiran 010300 “Pembangunan Infrastruktur” yang mana Anggaran Peruntukkan Tahun 2022 telah berkurangan kepada RM17,959,300 (dari RM23,525,700)
- Butiran 010500 “Teknologi Maklumat” yang mana Anggaran Peruntukkan Tahun 2022 telah berkurangan kepada RM212,371,300 (dari RM271,732,500)
- Butiran 040100 “Bahan Pengajaran dan Pembejaran” yang mana Anggaran Peruntukkan Tahun 2022 telah berkurangan kepada RM32,923,700 (dari RM37,584,300)
Tuan Pengerusi,
Negara kita sekarang berada dalam suatu era Norma Baharu, yang mana Pendemik Covid-19 telah memberikan satu impak negatif yang amat serious terhadap pelajaran dan pembelajaran anak-anak kita di sekolah.
Sejak bulan Mac yang lepas, pembukaan sekolah adalah secara on and off dan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) telah menjadi suatu intipati dan elemen penting dalam pembelajaran anak-anak sekolah.
Maka, alat-alat seperti computer, komputer riba, kemudahan internet telah menjadi suatu keperluan bagi murid-murod sekolah. Bagi sekolah dan para guru pula, keupayaan sekolah untuk melaksanakan pengajaran atas talian (virtual learning) adalah penting untuk memastikan pembelajaran murid-murid tidak terjejas dalam tempoh pendemik.
Sebenarnya, pada tahun 2011, negara kita sepatutnya telah tersedia dengan Pengajarab dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Projek 1BestariNet telah dimulakan pada tahun 2011, dengan Objectifnya untuk melengkapkan sebanyak 10,000 sekolah di Malaysia dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan pelantar pembelajaran maya bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran melalui Persekitaran Pembelajaran Maya (Virtual Learning Enviroment -VLE) yang boleh diakses pada bila-bila masa di sekolah atau mana-mana juga (Anytime and Anywhere Learning).
Satu projek yang sekiranya berjaya, sudah tentu akan membantu untuk mencapai matlamat PdPR yang kita hadapi sekarang.
Namun, Projek yang telah menelan suatu peruntukkan sebanyak RM2.71bil ini telah GAGAL dan tidak dapat memenuhui objektif projek. Ini menyebabkan System 1BestariNet langsung TIDAK BERGUNA dan TIDAK BERFUNGSI apabila negara memerlukan perkhidmatannya. Nak projek ini memberikan kemudahan internet kepada murid-murid sekolah dalam PdPR, tidak ada. Nak projek ini menyediakan module yang tersedia untuk tujuan pengajara, tidak ada. Yang digunapakai oleh KPM sekarang apa? Zoom dengan google classroom, itu percuma! Apa yang terjadi dengan perbelanjaan kita sebanyak RM2.71b dalam projek 1BestariNet?
Bayangkan, sekiranya projek ini betul-betul mencapai objektifnya dan bukan objektif yang hanya memihak kepada pihak kontraktor, betapa jauh sekolah-sekolah dan murid-murid akan bermanfaat khasnya dalam era pendemik ini.
Apa yang kita nampak sekarang dalam Projek 1Bestari adalah sekadar menara-menara yang didirikan di atas tapak sekolah-sekolah, yang mana liputan komunikasinya adalah bertujuan untuk tujuan komersial kontraktor semata-mata. Cuba tanya, berapa sekolah dalam negara yang bermanfaat dengan liputan tersebut? Saya percaya tidak ada.
Saya juga diberitahu bahawa, pada tahun 2019, berlakunya insiden yang mana KPM mengarahkan untuk memotong bekalan elektrik yang disambung ke menara-menara telekomukasi tersebut. Tak sampai beberapa hari, ada arahan pula dari tidak tahu siapa yang begitu berpengaruh untuk menyambung Kembali. Siapa sebenarnya yang begitu berpengaruhan dalam menjamin kepentingan kontraktor dipelihara dan bukannya sekoalh-sekolah atau mirid-murid dalam projek 1BestariNet ini?
Projek ini bermula pada tahun 2011 dan telah beroperasi tidak lama kemudian. Menteri Pendidikan pada ketika itu, iaitu YB Pagoh juga perlu memberikan satu penjelasamn terhadap desas-desus kontrak, iaitu kenapa kontrak yang ditandatangani begitu memihak kepada kontraktor dan bukan Kerajaan!
Bagi perkara yang sama, saya juga merujuk kepada Butiran 060000 Program Khusus. Jumlah anggaran pada tahun ini adalah RM3,701,279,300 (RM3.7bil).
Saya berasa amat terkejut dan kecewa di bawah butiran Program khusus, tidak ada mana-mana peruntukkan khusus yang diberikan untuk tujuan membantu murid-murid dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Langsung sat usen pun tidak ada!
Murid-murid kita menghadapi beban dan tekanan yang besar dalam pembelajaran atas talian di rumah. Ada keluarga yang mempunyai 4 anak dalam sekolah terpaksa berkongsi satu tablet atau telefon bimbit, demi untuk menyertai online learning secara giliran. Ada yang terpaksa berhenti pembelajaran buat seketika waktu, kerana tidak mempunyai kemudahan internet di rumah.
Saya menyeru supaya KPM memahami keadaan dan kesengsaraan keluarga beependapatan rendah, dan bukan sentiasa sahaja berada dalam retorik bahawa pencapaian prestasi peperiksanaan adalah lebih baik dalam masa pendemik, atau peratusan keciciran sekolah adalah rendah. Siapa-siapa yang berfikiran waras tidak akan percaya terhadap retorik ini. Sedarlah, bangunlah KPM, faham apa yang rakyat perlukan.
Pada pembentangan Belanjawan tahun lepas, telahpun diumumkan pemberian 150k computer riba kepada anak-anak sekolah yang memerlukan. Namun, pemberian dan pengedaran komputer riba ini adalah tidak transparent, tidak ada satu guideline pun yang diumumkan. Ada Kawasan parlimen yang hanyat satu sekolah sahaja yang dapat. Apakah piawaian dia? Dan, kegagal Kerajaan juga ternyata bukti, dengan hanya 130k buah laptop sahaja yang diedarkan sehingga bulan September ini. Time is of essence tetapi nampaknya KPM tidak tahu dan tidak mengambil peduli.
Saya mencadangkan supaya suatu peruntukkan khusus diberikan kepada KPM, untuk memastikan tidak ada keluarga yang tertinggal dan tercicir dalam PdPR. Pemberian laptop atau gadget, kemudahan internet adalah amat perlu dan wajib. Ini tanggungjawab Kerajaan.