Perdana Menteri Ismail Sabri harus melakukan sesuatu yang baik sebagai perubahan dengan masuk campur dan menarik balik larangan dua tahun yang dikenakan ke atas pemain badminton lelaki terkemuka Malaysia Lee Zii Jia dan pemain badminton wanita Goh Jin Wei daripada pertandingan antarabangsa oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Larangan sedemikian telah mendapat kecaman antarabangsa yang meluas daripada pemain badminton asing terkemuka di seluruh dunia dengan kata-kata seperti “bencana besar”, “salah” dan “gila”.
Melainkan larangan ini di tarik semula serta-merta, ini akan mematahkan semangat belia untuk cemerlang dalam bidang sukan. Harapan Malaysia untuk kegemilangan Olimpik dan memenangi pingat emas pertama kita dalam sejarah negara akan kekal sebagai impian kosong semata-mata. Layanan buruk terhadap atlet terkemuka negara termasuklah persaraan “paksa” juara dunia terjun wanita Malaysia Cheong Jun Hoong selepas kontraknya sebagai atlet sepenuh masa dengan Majlis Sukan Negara (MSN) tidak diperbaharui. Pemain skuasy wanita terbaik Malaysia, Low Wee Wern, juga telah digugurkan daripada Program Podium oleh MSN ketika sedang pulih daripada kecederaan.
Sekali lagi, Malaysia menjadi negara yang luar biasa di peringkat antarabangsa dalam layanan kejam terhadap bakat terbaik kita dengan secara tidak bertanggungjawab dan kejam mengambil komoditi terpenting mereka – masa untuk bersaing apabila mereka berada di puncak kerjaya mereka. Malaysia juga merupakan antara negara di peringkat antarabangsa di mana penggubal undang-undang menjadi penjenayah dengan melindungi harta kekayaan yang tidak dapat dijelaskan ketua badan pencegahan rasuah, Azam Baki yang berbohong mengenai pemilikan dan perdagangan sahamnya berjumlah jutaan ringgit.
Tiada salahnya atlet sukan kita mahu mengikut haluan mereka sendiri, memilih jurulatih sendiri atau jadual kejohanan mereka sendiri dan tawaran penajaan untuk mengekalkan kejayaan mereka sebagai pemain profesional. Jika BAM ingin mendapatkan kembali pelaburan mereka dalam memupuk pemain untuk berjaya, maka mereka boleh membuat perjanjian yang munasabah sama ada dalam bentuk pampasan atau meminta mereka membantu melatih pemain muda.
Kegagalan Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal bin Azumu untuk melindungi atlet sukan kita hanya menyerlahkan ketidakcekapan kerajaan yang sangat berbeza dengan kejayaan kerajaan Singapura menarik pemain terkemuka Malaysia untuk bermain untuk mereka. Juara dunia badminton Singapura yang baru dinobatkan, Loh Kean Yew, berasal dari Pulau Pinang, tetapi telah dicuri negara jiran kerana Kerajaan Persekutuan ketika itu gagal menjaga dan menghargai bakat sukan kita. Jika Ahmad tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik, lebih baik beliau meletakkan jawatan daripada mengorbankan atlet kita yang telah bekerja keras untuk mengharumkan nama negara berbanding Ahmad.