Saya merujuk kepada kenyataan YB Khairy Jamuluddin, Ketua Pemuda UMNO hari ini yang menjelaskan bahawa tindakan Perdana Menteri menerima RM2.6 bilion derma politik bukan jenayah.
Saya ingin mengingatkan YB Khairy Jamaludin bahawa Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja serang Presiden UMNO, tetapi beliau juga merupakan seorang Perdana Menteri yang diberi amanah oleh rakyat untuk mengurus tadbir negara serta bertanggungjawab kepada seluruh Rakyat Malaysia.
RM2.6 bilion merupakan satu jumlah yang sangat besar. YB Khairy Jamaludin dan saya merupakan Ahli Parlimen dari Negeri Sembilan. Kebiasaannya belanjawan tahunan bagi Kerajaan Negeri Sembilan adalah lebih kurang RM400 juta. RM2.6 bilion derma politik yang di terima oleh Perdana Menteri cukup untuk menampung belanjawan Kerajaan Negeri Sembilan sebanyak 6.5 tahun.
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia memang sering mengingatkan orang ramai agar tidak memberi sebarang suapan kepada mana-mana penjawat awam, kerana pihak yang memberi dan menerimanya bersalah dari segi undang-undang. Menurut Seksyen 50, Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Melaysia, sekiranya seorang penjawat awam memberi atau menerima suapan, penjawat awam itu melakukan satu rasuah.
Memandangkan jumlah derma politik ini terlalu besar, saya percaya semua Rakyat Malaysia ingin mendapatkan penjelasan Perdana Menteri. Jadi, adalah tanggungjawab seorang Perdana Menteri untuk menjawap secara terbuka mengenai RM2.6 bilion derma politik yang diterima serta mendedahkan siapakah yang sebenarnya menghulurkan derma sebanyak RM2.6 bilion.