Saya berasa amat kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pentadbiran Univeristi Islam Antarabangsa (UIA) yang mengambil tindakan terhadap dua pemimpin mahasiswa yang menganjurkan forum GST pada 11 Mei yang lalu.
Penggantungan 2 semester terhadap Yang di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUIA) Hanif Mahpa dan Pengerusi Sekretariat Akademik dan Intelektual MPPUIA, Afiqah Zulkifli menunjukkan bahawa pihak pentadbiran langsung tidak menghormati kebebasan mahasiswa.
Selain itu,saya tidak nampak ada sebarang unsur kesalahan bagi kedua-dua pemimpin mahasiswa yang menjemput YB Rafizi Ramli sebagai seorang penceramah yang menerangkan impak perlaksanaan GST terhadap rakyat.
Bagaimanapun, tindakan UIA telah pun mencerminkan wajar sebenar kerajaan Barisan Nasional yang tidak menghormati suara rakyat. Jadi anak-anak muda janganlah dipengaruh atau diperdaya oleh program-program kerajaan BN yang dilihat mendekati anak muda. Kalau kerajaan menghargai pandangan anak muda, insiden yang sebegini tidak sepatutnya berlaku.
Akhirnya, pihak pentadbiran UIA mestilah menarik balik keputusan penggantungan 2 semester terhadap kedua-dua pemimpin mahasiswa agar mereka dapat meneruskan pelajaran tanpa sebarang halangan.