Skip to content

Perjumpaan bersama Timbalan Menteri Kewangan berkenaan ‘Rental Relief Fund’

Dua hari yang lepas, saya telah menerima panggilan daripada pejabat YB Timbalan Menteri Kewangan untuk mengadakan suatu mesyuarat mengenai Dana Bantuan Sewa kepada peniaga-peniaga kecil.

Perbincangan bersama YB Timbalan Menteri Kewangan hari ini turut disertai oleh wakil-wakil Persatuan Perniagaan. Mesyuarat ini telah mengambil masa 1.5 jam.

Saya menerangkan kepada YB Timbalan Menteri bahawa kos operasi adalah tinggi, dan pembayaran sewa telah menyumbang 35 peratus kepada jumlah tersebut.

Ramai wakil perniagaan telah meluahkan kebimbangan bahawa simpanan mereka tidak bertahan lama untuk mengatasi kos operasi yang tinggi. Oleh hal yang demikian, mereka terpaksa mengambil pendekatan yang lebih drastik seperti pemberhentian pekerja sebanyak 15 hingga 30 peratus atau menyuruh pekerja-pekerja mengambil cuti tanpa gaji.

Jikalau kerajaan dapat menolong SME dengan dana bantuan sewa, maka pekerja tidak dipecat ataupun mengalami pengurangan sewa, malah kelangsungan perniagaan dapat dijaminkan dan mencapai pemulihan ekonomi yang lebih luas.

Hasil perbincangan saya dapat simpulkan bahawa Kerajaan akan terus meneliti cadangan ini secara menyeluruh atas kerjasama persatuan-persatuan peniaga kecil. YB Timbalan Menteri pula menjanjikan satu mesyuarat lanjutan akan diadakan secara maya pada minggu hadapan.

Mesyuarat ini turut akan menyertakan lebih banyak wakil peniaga daripada pelbagai sektor bersama agensi-agensi MOF bagi memperincikan pelaksaan Dana Khas Sewa dan mekanismenya.

Antara wakil Persatuan Perniagaan ialah En Abdul Mukthahir, Naib Presiden PRESMA, En Amrahi Buang, Presiden Malaysian Pharmaceutical Society (MPS), En Winda Mohd Tahir, Pengerusi Persatuan Penggunting Rambut Bumiputera Malaysia.