Skip to content

Perlombongan pasir di Muar

Pasir adalah hasil galian kedua paling banyak diekploitasi di dalam dunia selepas air mentah. Di pentas dunia, banyak nyawa telah melayang semasa berjuang melawan aktiviti ini. Industri ini sering terpalit dengan korupsi, mafia dan serangan jenayah.

Pasir adalah amat penting kerana semua bentuk pembangunan bergantung kepada bekalan pasir. Tanpanya, pembangunan boleh menjadi terencat dan terhenti.

Sebagai perbandingan, ketika ini saiz Singapura adalah 20 peratus lebih besar berbanding sebelumnya. Bayangkan jika jumlah pasir yang diimport Singapura untuk menjadi sebesar ini.

Berbalik kepada Negara kita, tahun ini sahaja banyak kes-kes pengangkutan pasir laut haram berlaku di Selat Melaka dari Pulau Pinang hinggalah ke Johor.

Malaysia telah menjadi hotspot untuk aktiviti pengangkutan pasir haram apabila negara-negara jiran iaitu Vietnam, Indonesia dan Kemboja mengharamkan pengeksportan pasir ekoran daripada tekanan oleh persatuan dan aktivis alam sekitar, dan nelayan.

Ia juga adalah disebabkan oleh pasir sungai telah hampir habis. Sehinggalah baru-baru ini pasir yang biasanya di lombong dari kuari daratan dan sungai, tetapi, ekoran daripada ekploitasi yang intensif dan kerana amalan tersebut telah diharamkan di banyak wilayah, dan undang-undang dan peraturan alam sekitar yang semakin tegas atau tidak membenarkan aktiviti ini dijalankan, aktiviti melombong pasir telah beralih ke laut dan semakin meningkat.

Walaupun sebelum ini pasir dilarang daripada dieksport, Malaysia masih kekal berada dalam senarai 10 negara tertinggi mengeksport pasir di dunia semenjak 2010 hingga 2014.

Kita berada di kedudukan ke 66 dalam dunia dari segi saiz tanah. Ini bercanggah jika kita membuat perbandingan saiz tanah yang kecil berbanding dengan negara-negara lain yang berada dalam kedudukan 10 negara pengeksport seperti Amerika Syarikat atau China.

Semenjak bulan Julai tahun ini, Kerajaan telah mengeluarkan permit kerja pengangkutan pasir laut di perairan Parit Jawa. Sebanyak 40 permit telah dikeluarkan untuk membenarkan pengeksportan pasir ke Singapura.

Dengan anggaran harga pasar di antara RM 200 hingga RM 600, 40 kapal mengangkut 1000 tan setiap hari, dalam 180 hari, mereka akan mengaut RM 1.44 bilion hingga RM 4.32 billion. Jumlah hasil maksimum ini boleh membiayai negeri Johor selama 3 tahun.

Kawasan pengangkutan ini terletak dalam kawasan menangkap ikan tradisional di Parit Jawa. Sekitar 7 hingga 9 batu nautika daripada kawasan pantai. Terletak di 4 zon iaitu,

Zon A : 01” 50’ 30” N 102” 40’ 30” E
Zon B : 01” 48’ 30” N 102” 45’ 30” E
Zon C : 01” 46’ 30” 102” 45’ 30”
Zon D : 01” 48’ 30” N 103” 40’ 30”E

Perairan Parit Jawa juga penting sebagai kawasan pembiakan ikan oleh kerana berdekatan dengan kawasan bakau. Ia juga merupakan zon yang mana Jabatan Perikanan telah tidak memberikan keizinan untuk sebarang aktiviti tangkapan ikan yang menggugat seperti bot pukat tunda.

Parit Jawa juga dikenali sebagai antara kawasan untuk memerhatikan burung-burung yang terkenal di dunia. Kawasan warisan semula jadi yang dikenali di mana burung upeh, Lesser Adjutant Leptoptilos Javanicus yang sangat jarang ditemui di dunia tetapi boleh ditemui di Parit Jawa.

Kawasan perairan Parit Jawa ini menyokong kehidupan 200 bot nelayan dan 600 orang nelayan dan ahli keluarga mereka. Semenjak Julai 2017, ramai nelayan telah membuat laporan polis kerana kerosakan dan kehilangan jaring, kerosakan dan kehilangan bubu ikan dan kerosakan-kerosakan lain yang disebabkan oleh aktiviti perlombongan pasir ini tetapi sehingga ini tiada sebarang tindakan atau pampasan diberikan.

Dalam satu laporan bertajuk, “Malaysian Coastal Environment – Planning development and management of the environment in preparation for the next millennium” oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Ir Hj. Keizrul Bin Abdullah, menyerlahkan bahawa aktiviti perlombongan pasir yang tidak dikawal adalah merupakan masalah utama dalam pengurusan persekitan persisiran pantai.

“When sand mining is carried out near to shoreline, it allows bigger wave to reach the shoreline, increases the sediment transport rate and very often leads to coastal erosion problem.”

Dalam laporan Marine Sand and Gravel Extraction – Impacts and Mitigation oleh Dr Lindsay Murray, Cefas, UK pula menyatakan impak perlombongan pasir laut meliputi :

  1. changes in coastal processes,
  2. Immediate loss and damage of benthic fauna which may be a valuable food source for fish,
  3. Impacts on local shell and fin fisheries,
  4. Impacts on marine archaeology,
  5. Changes in the sediment habitat and its stability,
  6. Changes in biota,
  7. Cumulative impacts on benthic habitats and Sediment plumes pollution etc.

Seperti yang dinyatakan dalam The effects of marine sand and gravel extraction on the macrobenthos at a commercial dredging site (results 6 years post-dredging) oleh S.E. Boyd, D.S. Limpenny, H.L. Rees and K.M. Cooper yang diterbitkan oleh ICES Journal of Marine Science, mereka menyatakan bahawa after dredging, benthic aseemblages only return after 4 years and can only be attained if the topography and original sediment composition are restored.

Semua perkara ini terarah kepada pemusnahan persekitaran kawasan pantai dan laut, dan memberikan kesan kepada kehidupan nelayan tempatan seperti yang telah berlaku dalam projek-projek mega dekat Pengerang dan Pulau Merambong atau lebih dikenali sebagai Forest City.

Kesan perlombongan pasir laut yang paling buruk boleh dilihat seperti yang berlaku di Indonesia, apabila operator-operator perlombongan telah menghapuskan sekurang-kurangnya dua buah pulau semenjak 2005. Adakah kita perlu tunggu sehingga ia berlaku pula di Malaysia?

Walaupun kawasan perlombongan pasir ini terletak di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan berdasarkan kepada Akta Pelantar Benua 1966 (Continental Shelf Act 1966), tetapi kesan dan impak berlaku di tanah Johor dan kepada anak Johor. Apakah pendirian Kerajaan Negeri Johor dalam perkara ini?

Justeru, kami mendesak agar Kerajaan untuk mengambil tindakan seperti berikut

  1. Aktiviti perlombongan pasir di perairan Parit Jawa, Muar diberhentikan dengan kadar segera sehingga Kerajaan melaksanakan kajian penilaian impak alam sekitar yang tidak terhad kepada Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.
  2. Memberikan pampasan penuh kepada nelayan kerana kehilangan pendapatan dan kehilangan peralatan menangkap ikan.
  3. Kerajaan perlu mengharamkan pengeksportan pasir ke negara lain sebagai satu cara untuk melindungi dan memelihara khazanah sumber asli untuk kegunaan dan pembangunan kita sendiri.
  4. Siasatan dilakukan terhadap kapal-kapal korek pasir asing dan krew-krew warganegara asing yang diberikan kontrak di negara ini mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Imigresen 1959/1963 kerana bekerja secara haram di Malaysia.
  5. Siasatan dilakukan terhadap dakwaan bahawa operasi melombong pasir ini dilakukan melebihi tempoh masa yang dibenarkan iaitu di antara jam 7 pagi sehingga 7 malam seperti yang terkandung dalam Akta Pelantar Benua 1966.