Skip to content

Ucapan oleh ADUN Pengkalan Rinting, Cheo Yee How semasa membahaskan Bajet Negeri Johor 2018

Pembukaan

Terlebih dahulu, Pengkalan Rinting ingin merafak sembah tahniah kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sempena hari keputeraan baginda.

Taniah kepada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri kerana telah menaik taraf sebagai Bandaraya.

Taniah juga kepada pasukan JDT memenangi piala Malaysia, tapi kalau boleh kita pula mengalih sedikit perhatian kepada sukan tradisi kita sepak takraw, sekarang semakin popular dalam pringkat antarabangsa.

Ulasan Bajet

Setelah melihat kertas-kertas mesyuarat yang diberi kepada saya,saya ada beberapa kekeliruan dan ingin minta penjelasan dari Dewan yang mulia ini.

Satu, Pada sesi bajet tahun lepas, terdapat 13 Penyata Kewangan PBT semasa telah dibentangkan, berbanding dengan sesi bajet kali ini cuma 7 Penyata Kewangan semasa dibentangkan, jadi saya ingin mengetahui mengapa berlaku perkara sebergini?

Dua, bila saya semak dalam buku bajet 2018 maksud bekalan perkara B 26 Muzium Diraja Abu Bakar, objek sebagai 11000 gaji dan upahan, anggaran 2018 berjumlah RM 1,319,000,

tapi bila kita bandingkan dengan buku penjawatan yang menyatakan terdapat 17 bil penjawatan, menambahkan kesemua gaji maximum mengikut kod gaji smm masing-masing dan di darap dengan 12 bulan jumlah yang diperolehi adalah RM904,812

Hal ini menunjukan Anggaran 2018 telah menganggar lebih RM 414,188 iaitu 45% lebih, dan mengelirukan.

Ikutkan gaji ini bukankah perkara yang telah ditetapkan mengikut tangga gaji ssm, jadi saya ingin tahu mengapa adanya anggaran lebih 45 peratus dari jumlah gaji tahunan maximum ini?

Ekspo Berkemajuan Negeri Johor

Saya amat kecewa dengan jawapan yang diberi oleh menteri besar berkenaan platform internet berkenaan dengan ekspo berkemajuan negeri johor semalam

Kata tujuan ekspo ini adalah menunjukan ketelusan, keterbukaan, keperhatian, saluran untuk menerima kritik, menggalakan pengguanaan teknologi terkini,

Dan kita tahu patform internet ini boleh meyediakan ruang yang lebih luas dan lebih berkesan bukan sahaja publisiti malahan untuk berinteraksi antara satu sama lain.

Bukankah dengan menyediakan platform internet khas contohnya website atau blog untuk Ekspo ini dapat lebih menepati tujuan ekspo tersebut dengan lebih berkesan?

Yang saya tahu ada facebbok page yang ada “like” cuma lebih kurang 12 ribu.

Kebanyakan ekspo-ekspo yang diadakan syarikat-syarikat swata pun boleh menyediakan platform khas untuk tujuan ekspo berkenaan, takan sebagai kerajaan tidak boleh menyediakan platform internet untuk ekspo besar ini yang dikatakan diadakan 5 tahun sekali?

Lajutan dari situ, maklumat-maklumat yang berkenaan kerajaan ini merupakan maklumat awam yang juga merupakan kepentingan rakyat kita, dengan adanya teknologi digital kini unsur-unsur ketelusan, keterbukaan boleh lebih senang dipraktikan.

Jadi saya juga ingin mengetahui bilakah dewan yang mulia ini akan menyediakan naskah digital untuk kertas-kertas mesyuarat dan dipaparkan di platform internet seperti yang disediakan di peringkat parlimen?

Rakyat Johor yang berkerja di Singapura

Saya ingin mengambil perhatian dewan yang mulia ini berkenaan 100,000 penunggang motosikal yang ulang alik Johor Singapura, golongan yang membawa balik banyak duit ke negeri kita, tetapi baru-baru ini sering berlaku kemalangan jalan raya maut dalam perjalanan pergi balak kerja, lalu membuat soal silidik dalam kawasan saya.

Bila ditanya mengapa memilih ulang-alik dengan motosikal, hampir kesemua respondan akan menjawap sebab memudahkan pergerakan, dan 60% respondan menjawab kekurangan bilangan perjalanan bus dalam waktu tertentu, malahan yang menarik ialah saya menerima respondan yang menyatakan kos bulanan menunggang motosikal untuk ulang alik adalah lebih murah dari kos bulanan untuk menaik bus.

Untuk mengurangkan risiko kemalangan jalan raya penunggang motosikal ini, secara jangka masa panjang memanglah pembinaan lorong motosikal, untuk sementara waktu lorong motosikal sementara waktu untuk mengasingkan motosikal dengan kenderaan lain terutamanya di atas jambatan second link.

Pada waktu yang sama, larangkan kenderaan berat menggunakan second link pada waktu sibuk sebelah siang dari jam 5pagi sehingga 8pagi, juga membantu mengurangkan risiko kemalangan jalan raya penunggang.

Selain itu, adanya bilangan perjalanan bus yang lebih antara Johor dan Singapura, contohnya antara Bukit Indah dengan Tuas bus interchange memandangkan ramai rakyat kita yang berkerja di sekitar itu.

Isu-isu tempatan

Sekolah

Saya ingin meyentuh pasal SRI JB, Memandangkan Sekolah ini terletak dalam lingkungan persiaran muafakat, tambahan di situ ada lagi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, dan dengan adanya sekolah agama islam di situ, bolehlah menunjukkan kepelbagaian dan mempunyai peluang untuk generasi muda bermuafakat disitu.

Dengan ini saya berminta supaya SRI JB yang telah menyediakan pendidikan islam kepada warga kota Johor Bahru itu dikekalkan di tempat asal ini.

Walaupun kontrak sewa telahpun ditamatkan, memandangkan Sekolah tersebut didirikan dari dana-dana orang ramai, ini adalah usaha orang ramai untuk mengekalkan pendidikan tersebu, jadi minta berilah lebih masa untuk menyelesaikan masalah ini, dan kalau boleh kekalkanlah sekolah tersebut di situ.

Satu lagi pasal tanah Sekolah Cina di Taman Bukit Indah, pengumuman rasmi pembinaan sebuah sekolah cina telah dibuat, jadi apa yang orang ramai di Taman Bukit Indah ini ingun mengetahui tanah yang manakah yang akan disediakan untuk tujuan pembinaan Sekolah Cina, Saya minta pihak kerajaan maklumkan.

Masalah Tempat Letak Kereta di Johor Bahru

Kalau kita pandu kereta pergi untuk berurusan di sekitar bangunan MBJB, samada di MBJB, Pejabat Pos, Mahkamah, kita memang susah untuk mencari tempat kereta di kawasan itu, tapi di sini saya ambil kesempatan mengucapkan penghargaan kepada MBJB dalam usaha membanteras ulat parkir di sekitar bandaraya johor bahru, walaupun bila tiada kehadiran pegawai penguatkuasa ulat parkir itu masih muncul lagi, tak kiralah siang atau malam.

Balik kepada isu kekurang tempat letak kereta di sekitar bangunan MBJB, ada pengadu yang maklumkan dengan saya bahawa dia perlu urusan menghantar pos laju di situ, selepas buat beberapa pusingan, masih tiada tempat letak kereta, lalu buatlah parking di bahu jalan, tapi bila dia balik semula ke kereta dia, kenalah saman.

Saya beri tahu bahawa dia memamglah salah dari segi undang-undang, si pengadu terus balas apa yang tidak puas hati ialah ada tempat kereta kosong di hadapan bangunan MBJB tapi diletakan kon, bukankah di sebelah belakang bangunan MBJB tu ada bangunan tempat letak kereta khas untuk kakitangan tu?

Apa yang saya lihat ialah orang ramai yang datang berurusan sama ada MBJB, Pejabat Pos atau Mahkamah merupakan pelanggan kita, semakin cepat mereka membuat bayaran samada cukai pintu, bayaran untuk hantar barang semakin cepat pihak berkuasa mendapat duit, jadi saya berpendapat sekurang-kurangnya mengimbangkan bilangan tempat kereta untuk orang awam dengan kaki tangan.

Saya berminta supaya tempat letak kereta dalam Bangunan Jotic itu dibuka kepada orang ramai supaya sedikit sebanyak meredakan keadaan kekurang tempat letak kereta sekitar situ.

Ambil kesempatan ini bertanya berkenaan dengan keadaan terbaru keeperguanaan tempat letak kereta di Waterfront city itu.

Banjir Kilat

Hampir setiap kali saya berucap, saya akan bercakap berkenaan dengan banjir kilat dalam kawasan saya, kali ini tak berkecuali.

Kawasan banjir : Sekitar Jalan Sukun, Kg Pengkalan Rinting, Kampung Sri jaya, Jalan Skudai depan Kip Mart,

Bila hujan lebat, air pasang tinggi, kawasan ini akan menjadi kawasan pertama yang dilanda banjir kilat, puncanya kawasan yang disebut air dari kawasan tinggi dari kawasan tinggi kawasan sekitar mengalir ke kawasan-kawasan berkenaan, tambahan kawasan-kawasan tersebut tiada system saliran yang sempurna.

Saya tahu ada projek pendalaman system pemparitan sedang dijalankan namun Pelan Kajian Banjir Kilat, Hasilnya?