Saya telah dimaklumkan oleh peguam saya dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo bahawa pihak polis telah membatalkan sesi merakam kenyataan polis saya besok dan akan menetapkan satu tarikh baru pada tahun hadapan. Terdahulu pihak polis telah menetapkan 10 pagi 24 Disember 2020 di Ibu Pejabat Daerah Timur Laut, Pulau Pinang untuk sesi merakam kenyataan saya berkaitan dua kenyataan media oleh saya pada 2019.
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dengan murah hati telah memohon maaf dalam satu pesanan teks kepada saya atas kekhilafan pegawai beliau menetapkan sesi merakam kenyataan saya pada sehari sebelum Krismas. Saya mengucapkan terima kasih kepada beliau atas ucapan Krismas beliau kepada saya dan keluarga.