Skip to content

Prestasi jabatan/agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus kekal terbaik atau jaguh seluruh Malaysia dalam Indeks Akauntabiliti oleh Laporan Audit Negara 2016 seperti tahun lepas

Prestasi jabatan/agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus kekal terbaik atau jaguh seluruh Malaysia dalam Indeks Akauntabiliti oleh Laporan Audit Negara 2016 seperti tahun lepas. Mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2016,

“Pada tahun 2016, Jabatan Audit Negara telah melaksanakan pengauditan pengurusan kewangan berasaskan Indeks Akauntabiliti di sepuluh Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri. Pada keseluruhannya, prestasi pengurusan kewangan di peringkat Jabatan/Agensi Negeri pada tahun 2016 menunjukkan ada peningkatan. Pada tahun 2016, lapan atau 80.0% Jabatan/Agensi memperoleh tahap Cemerlang sebagaimana pada tahun 2015. manakala dua atau 20.0% Jabatan/Agensi Negeri berada pada tahap Baik pada tahun 2016, berbanding satu atau 10.0% pada tahap Baik dan satu atau 10.0% pada tahap Tidak Memuaskan pada tahun 2015. keadaan ini juga menunjukkan Jabatan/Agensi telah mengambil tindakan proaktif untuk meningkatkan prestasi pengurusan kewangan masing-masing daripada kedudukan baik kepada kedudukan cemerlang serta tahap tidak memuaskan kepada kedudukan baik.”

Selepas dibandingkan dengan prestasi negeri lain, Pulau Pinang sekali lagi muncul juara seluruh Malaysia seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di bawah. Ini menunjukkan keberkesanan pentadbiran CAT(Cekap Akauntable dan Telus) kerajaan negeri Pulau Pinang yang juga membolehkan Pulau Pinang mencatatkan prestasi kewangan cemerlang sejak 2008. Contohnya lebihan Belanjawan dicatatkan setiap tahun, kenaikan rizab asset lebih 100%, pengurangan hutang kerajaan negeri sebanyak 90% dan lebihan Belanjawan terkumpul sebanyak RM574 juta dalam 8 tahun 2008-2015 berbanding dengan RM373 juta dalam 50 tahun di antara 1957-2007.

Kerajaan negeri Pulau Pinang mengucapkan tahniah kepada jabatan/ agensi kerajaan negeri dan harap pengiktirafan ini akan memberikan galakan untuk merekan terus berusaha gigih bukan sahaja untuk mengekalkan kedudukan cemerlang tetapi memperbaikinya lagi agar semua jabatan/agensi boleh memperolehi prestasi cemerlang 5 bintang.