Projek Lapangan Terbang antarabangsa Seri Iskandar adalah janji manifesto BN pada PRU-13 tahun 2013.
Janji ini tinggal janji kosong sehingga hari ini.
Difahamkan tanah beribu2 ekar tersebut yang bernilai ratusan juta telah dijual oleh individu yg disyaki salahguna kuasa tanpa pengetahuan dan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).
Kerajaan Negeri perlu mendedahkan kisah benar demi membela kepentingan awam. Pihak yg salahguna kuasa wajib dihadap ke muka pengadilan.
Sementara waktu Kerajaan Negeri juga digesa menggunakan dana RM150 juta yang diluluskan oleh pentadbiran Pakatan Harapan pada 2019 utk menaiktaraf dan melebarkan landasan kapal terbang di Lapangan terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh.