Skip to content

Pulau Pinang telah capai 10.1 peratus jumlah kumulatif pemberian dua dos vaksin sehingga 11:59 malam, 3 Julai 2021

Tahniah! Menurut laporan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Pulau Pinang telah capai 10.1 peratus jumlah kumulatif pemberian dua dos vaksin sehingga 11:59 malam, 3 Julai 2021.

Ini bermakna, kita telah capai tiga (3) nilai ambang sebagaimana ditetapkan dalam Pelan Pemulihan Negara untuk beralih ke Fasa 2.

Malah, saya turut dimaklumkan bahawa pihak kementerian berkaitan juga telah membincangkan peralihan fasa bagi Pulau Pinang untuk dibentangkan dalam mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) esok, 5 Julai 2021.