Kita telah capai 9.9 peratus populasi dewasa yang menerima suntikan dua dos vaksin setakat 3 Julai 2021.
Hanya berbaki 3,181 dos lagi, dan kita akan mencapai kadar 10 peratus pada hari Isnin, 5hb Julai ini.
Dengan tercapainya tiga (3) nilai ambang ini, kita berharap Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mempertimbangkan untuk negeri Pulau Pinang beralih ke Fasa 2 Rancangan Pemulihan Negara dalam tempoh masa terdekat.