Skip to content

Rakyat Malaysia tidak boleh mensia-siakan peluang untuk menghentikan kemerosotan yang dialami negara dalam beberapa dekad yang lebih untuk Malaysia bangkit semula sebagai sebuah negara hebat dunia bermula 12 Ogos ini

Dalam minggu yang lepas, saya telah melawat 12 kerusi yang ditandingi DAP dan satu kerusi yang ditandingi UMNO di Selangor, dan tiga kerusi DAP di Negeri Sembilan.

Saya sudah berusia 82 tahun. Beberapa hari yang lepas, saya terjatuh di rumah saya dan saya berjalan sedikit tempang.

Saya bukan seorang calon dalam enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini, tetapi saya sesibuk mana-mana calon, bergerak melawat tiga negeri Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan kerana rakyat Malaysia tidak boleh mensia-siakan peluang untuk menghentikan kemerosotan yang dialami negara dalam beberapa dekad yang lebih untuk Malaysia bangkit semula sebagai sebuah negara hebat dunia bermula 12 Ogos ini.

Di hujung bulan ini, kita akan menyambut sambutan Hari Kebangsaan ke-66 dan pada 16 September, kita akan menyambut ulang tahun Hari Malaysia yang ke-60.

Marilah kita jadikan sambutan Hari Kebangsaan ke-66 dan Hari Malaysia ke-60 ini sambutan yang paling bermakna dalam sejarah negara di mana negara kita berjaya menghentikan kemerosotan negara dalam beberapa dekad yang lepas dan bangkit semula untuk menjadi sebuah negara hebat dunia.

Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk PAS dan Bersatu mahu Malaysia untuk mundur 500 tahun ke belakang dan menafikan hak-hak kaum dan agama lain di Malaysia.

Mereka patut belajar dari tokoh-tokoh kemerdekaan negara seperti tiga Perdana Menteri terawal negara, yang juga merupakan Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, dan Tun Hussein Onn yang menerima bahawa Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang dibentuk oleh masyarakat berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya.

Rukun Negara dan Wawasan 2020 dirangka untuk Malaysia yang majmuk.

Malaysia hanya mampu berjaya sebagai sebuah negara hebat dunia sekiranya dua prasyarat – kestabilan politik dan perpaduan semua rakyat tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan.

Pemimpin PN berhujah mengatakan yang Perlembagaan Malaysia tidak memaksudkan sebuah Malaysia yang majmuk.

Mereka mendakwa yang lebih adanya seorang Perdana Menteri Melayu yang korup berbanding dengan seorang Perdana Menteri bukan Melayu yang tidak korup.

Mereka mendakwa yang sekiranya DAP berkuasa, akan ada Perdana Menteri Cina.

DAP ada jumlah kerusi Parlimen terbanyak dalam kerajaan perpaduan Anwar. Adakah seorang Cina menjadi Perdana Menteri sekarang?

Saya direkodkan bercakap yang saya tidak nampak seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri dalam jangka hayat saya mahu pun anak-anak saya.

Di Amerika Syarikat, seorang lelaki berkulit hitam, Barack Obama, telah menjadi Presiden Amerika Syarikat, tetapi perkara ini hanya berlaku selepas 230 tahun tertubuhnya negara tersebut sejak tahun 1776.

Saya harap Malaysia tidak memerlukan 230 tahun sebelum seorang bukan Melayu juga berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi sama ada perkara ini akan terjadi atau tidak dalam abad ke-22 dari tahun 2100 hingga 2199 atau abad ke-23 dari tahun 2200 hingga tahun 2299 akan bergantung kepada sama ada politik identiti tidak akan terus kekal dalam bentuk asas seperti hari ini.

Namun, realiti politiknya adalah untuk seratus tahun yang akan datang, Perdana Menteri Malaysia pastinya akan datang dari orang Melayu.

Saya boleh beri jaminan bagi pihak sekumpulan rakyat Malaysia yang bersama-sama 58 tahun lepas untuk membentuk Parti Tindakan Demokratik dalam mengejar Impian Malaysia sebagai sebuah negara di mana semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan, boleh berbangga dengan tempat mereka di bawah matahari Malaysia.

Kami berada dalam politik bukan demi apa yang kami boleh dapatkan melalui penglibatan politik, sebaliknya demi apa yang dapat kami berikan kepada negara dari segi untuk membantu menjadikan negara kita ini lebih bersatu padu, demokratik, adil, dan progresif – contoh yang cemerlang kepada dunia yang sukar dan terganggu mengenai bagaimana sebuah negara majmuk dengan kepelbagaian kaum, agama, dan budaya dapat membina sebuah negara yang harmoni dan makmur.

Kami tidak meminta mana-mana orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak, Islam, Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, atau Tao untuk meninggalkan identiti dan hubungan etnik atau keagamaan mereka, sebaliknya, mereka perlu hargai dan raikan identiti dan hubungan yang dikongsi bersama kita semua sebagai rakyat Malaysia, untuk mengutamakan identiti mereka sebagai pertamanya rakyat Malaysia sebelum identiti-identiti lain.

Kita mahu semua rakyat Malaysia untuk mengejar Impian Malaysia, dan marilah kita mulakan pada hari Sabtu ini pada 12 Ogos 2023.