Rejim Perikatan Nasional yang ditunjangi Muhyiddin dan Azmin adalah kerajaan PeNipu lantaran tidak menunaikan janji untuk mengedarkan topeng muka percuma kepada semua rakyat seperti yang dijanjikan.
Difahamkan bahawa kerajaan pintu belakang telah menjanjikan untuk mengagihkan 24.6 juta topeng muka kepada setiap isi rumah pada awal bulan April.
Berbeza dengan pengumuman kerajaan pintu belakang yang bersifat syiok sendiri, rata-ratanya rakyat mempersoalkan mana perginya topeng muka percuma apabila Menteri Ismail Sabri mengumumkan bahawa topeng muka selesai diagihkan kepada 8.16 juta isi rumah semalam dan ini dapat dilihat dalam ruangan komen halaman Facebook Bernama TV.
Sebaliknya wakil rakyat Pakatan Harapan berdedikasi untuk mengagihkan barangan keperluan termasuknya topeng muka kepada rakyat yang memerlukannya seperti mana yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Teluk Intan YB Nga Kor Ming yang telah memanfaatkan 5,000 isi keluarga dalam tempoh PKP ini dengan pemberian Bag Harapan, makanan bermasak, juadah buka puasa dan khususnya topeng muka.
Saya mendesak kerajaan PeNipu yang dikepalai Muhyiddin dan Azmin untuk mengumumkan cara, jumlah dan tatacara pengagihan 24.6 juta topeng muka secara telus dan bukannya terus membisukan diri dalam isu cakna rakyat.