Skip to content

Resolusi-resolusi JTP DAP

Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP dalam mesyuarat yang diadakan pada 19.8 2015 telah meluluskan resolusi-resolusi yang berikut:

  1. Menyokomg perhimpunan Bersih yang bermula pada 29.8.2015 untuk menuntut supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan serta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap skandal derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau dan sekiranya beliau enggan meletak jawatan, untuk mendapatkan undi tidak percaya di Parlimen . Bersih juga menuntut diadakan pilihanraya yang bersih, kerajaan yang bersih, hak untuk protes, memperkukuhkan sistem demokrasi parlimen dan menyelamatkan ekonomi.
  2. Menuntut supaya skandal derma RM2.6 bilion tidak dikaburkan tetapi ditangani secara menyeluruh dalam Jawatankuasa Kebangsaan untuk merancang peraturan pembiayaan politik yang dicadangkan oleh Perdana Menteri sebagai pra-syarat bagi penyertaan DAP.
  3. Menuntut supaya Menteri-menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dan Paul Low, meletak jawatan kerana cuba menutup skandal kewangan 1MDB sebanyak RM42 bilion dan skandal derma RM2.6 bilion, serta membelakangkan prinsip-prinsip ketelusan dan akauntabiliti yang pernah mereka janji akan ditegakkan.
  4. Mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan komitmen beliau terhadap nilai-nilai integriti dan akauntabiliti dalam kehidupan awam dengan memastikan semua penjawat awam termasuk beliau dan para Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri serta para Exco supaya mengisytiharkan harta sepertimana yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.
  5. Ucapkan takziah terhadap mangsa-mangsa peristiwa letupan bom yang dahsyat di Bangkok yang mengakibatkan kematian 20 orang termasuk 7 orang warga Malaysia.