Skip to content

Ringkaskan procedur pemohonan pengecualian cukai tabung kutipan derma sekolah, dan derma kepada sekolah oleh orang ramai harus dikecualikan cukai pendapatan

Perbelanjaan sekolah semakin tinggi kian hari, terutamanya untuk pembangunan infrastruktur dan pelengkapan teknologinya.

Oleh kerana ini, saya menyeru pihak berkenalan ringkaskan procedur pemohonan pengecualian cukai tabung kutipan derma sekolah, dan derma kepada sekolah oleh orang ramai harus dikecualikan cukai pendapatan.

Banyak sekolah, terutamanya sekolah pelbagai aliran yang diberi separa subsidi seperti SJKC, SJKT, Sekolah Agama yang bersifat persendirian, Sekolah Menengah Cina Persendirian dan sebagainya biasanya akan mengadakan tabung kutipan derma dan mengadakan kempen kutipan derma setiap tahun, untuk pembangunan infrastruktur dan peningkatan kualiti pengajarannya.

Hasil kutipan derma itu bukan sahaja boleh membangunkan sekolah dengan lebih cepat dan lebih sempurna, derma daripada orang ramai juga akan meringgankan beban kerajaan dalam peruntukan bidang pendidikan.

Dengan kutipan derma daripada orang ramai, semua pihak termasuk sekolah, kerajaan, ibubapa dan pelajar turut akan mendapat manfaat. Maka, saya ingin menyarankan kerajaan, supaya meringkas procedur pemohonan pengecualian cukai tabung kutipan derma sekolah, agar pengurusan tabung kutipan derma boleh lebih berkesan dan mendatangkan lebih banyak faedah kepada semua pihak.

Saya telah menyampaikan satu memorandum kepada Menteri Pendidikan Dr Mazlee Malik dalam suatu perjumpaan bulan lepas. Satu salinan Memorandum itu juga telah disampaikan kepada Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng dan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching pada masa yang sama.

Kementerian Pendidikan hendaklah berunding dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya prosedur-prosedur pemohonan pengecualian cukai penderma boleh dilonggarkan, dikemas-kini dan diringkaskan.

Sebagai contoh, beberapa perkara yang dicatatkan dalam lampiran 2, sangat membebankan pihak sekolah. Sebenarnya, perkara-perkara itu dimansuhkan sama sekali. Dengan prosedur pemohonan yang lebih ringkas, pengurusan dan penggunaan tabung kutipan derma akan lebih berkesan.

Dalam memorandum tersebut, saya juga bercadang agar Kementerian Pendidikan akan berusaha bersama LHDN, supaya wang yang didermakan kepada sekolah oleh orang ramai akan dikecualikan cukai pendapatan.

Dalam tragedi kebakaran sekolah tahfiz tahun lepas, Kementerian Pendidikan pernah menyahut sekolah-sekolah agama untuk memohon status pengecualian cukai kepada penderma mereka. Dengan diberinya pengecualian cukai, sekolah boleh melancarkan kempen kutipan derma secara besar-besaran.

Pada masa ini, dalam senarai pengecualian cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri, tidaklah termasuk projek kutipan derma tahunan sekolah. Sekiranya projek kutipan derma tahunan ini diberi pengecualian cukai, sudah tentu membolehkan kutipan derma dijalankan dengan lebih lancar dan rakyat akan lebih murah hati menderma. Kalaulah dilaksanakan, projek ini akan menyenangkan semua katogori sekolah dari segi kewangan, sekolah agama, jenis kebangsaan, sekolah swasta dan sebagainya.