Sebagaimana yang disarankan oleh Perdana Menteri semasa mengumumkan pengisytiharan darurat, beliau menggesa semua ahli politik untuk mengenepikan perbezaan masing-masing dan bersolidariti bersama rakyat ketika kita berdepan dengan gelombang ketiga pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0. Tambah beliau lagi, bila tiba masa untuk berpolitik, maka berpolitiklah dengan penuh bertanggungjawab. Justeru, kami Ahli Parlimen Pembangkang menuntut janji Perdana Menteri untuk berpolitik dengan penuh bertanggungjawab dengan menyalurkan peruntukan kepada semua Ahli Parlimen Pembangkang.
Ketika kita sedang berperang melawan Covid-19 dalam situasi yang luar biasa, Kerajaan PN dituntut untuk mengambil tindakan yang luar biasa juga. Ini termasuklah dengan memberikan peruntukan kepada semua Ahli Parlimen Pembangkang sebagaimana yang diterima oleh Ahli Parlimen dari pihak Kerajaan. Peruntukan ini akan membantu Ahli Parlimen Pembangkang menyalurkan dan mengusahakan bantuan kepada penduduk di kawasan kami yang terbeban akibat kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan. Rakyat dan para pengundi kawasan Parlimen Pembangkang tidak sepatutnya menjadi mangsa atas keputusan dan hak demokratik mereka.
Kerajaan PN di peringkat Persekutuan perlu mencontohi Kerajaan Negeri dibawah penguasaan mereka seperti di Johor dan Perak dengan memberikan peruntukan kepada setiap seorang Ahli Dewan Negeri (ADUN) termasuk dari parti pembangkang. Sekurang-kurangnya Menteri Besar Johor melihat pihak pembangkang sebagai rakan strategik mereka di Dewan Undangan Negeri ketika berdepan dengan krisis seperti ini. Pemberian peruntukan kepada ADUN pembangkang juga telah lama dilakukan di Selangor dan Pulau Pinang.
Kerajaan PN digesa menggunakan pendekatan dengan melibatkan ‘keseluruhan Kerajaan’ dan ‘keseluruhan masyarakat’ dalam mengendalikan krisis Covid-19 yang semakin buruk pada hari ini. Semua pihak perlu menggembleng tenaga dan sumber untuk melawan pandemik Covid-19 secara bersama dengan segera menyalurkan peruntukan kepada semua termasuklah kepada Ahli Parlimen Pembangkang.
Darell Leiking
AHLI PARLIMEN PENAMPANG
Syed Saddiq
AHLI PARLIMEN MUAR
Mohd Azis Jamman
AHLI PARLIMEN SEPANGGAR
Hannah Yeoh Tseow Suan
AHLI PARLIMEN SEGAMBUT
Yeo Bee Yin
AHLI PARLIMEN BAKRI
Baru Bian
AHLI PARLIMEN SELANGAU
Datuk Rozman Bin Isli
AHLI PARLIMEN LABUAN
Salahuddin Ayub
AHLI PARLIMEN PULAI
Amiruddin Hamzah
AHLI PARLIMEN KUBANG PASU
Teo Nie Ching
AHLI PARLIMEN KULAI
Isnaraissah Munirah Majilis
AHLI PARLIMEN KOTA BELUD
Mahfuz Omar
AHLI PARLIMEN POKOK SENA
Khalid Samad
AHLI PARLIMEN SHAH ALAM
Tengku Zulpuri Shah Bin Raja Puji
AHLI PARLIMEN RAUB
Maria Chin
AHLI PARLIMEN PETALING JAYA
Wong Shu Qi
AHLI PARLIMEN KLUANG
Teresa Kok Suh Sim
AHLI PARLIMEN SEPUTEH
Dr Dzulkefly Ahmad
AHLI PARLIMEN KUALA SELANGOR
Dr Lee Boon Chye
AHLI PARLIMEN GOPENG
Kasthuriraani Patto
AHLI PARLIMEN BATU KAWAN
P. Prabakaran
AHLI PARLIMEN BATU
M. Kulasegaran
AHLI PARLIMEN IPOH BARAT
Chong Chieng Jen
AHLI PARLIMEN STAMPIN
Sivarasa Rasiah
AHLI PARLIMEN SUNGAI BULOH
Chan Foong Hin
AHLI PARLIMEN KOTA KINABALU
Steven Choong
AHLI PARLIMEN TEBRAU
Dr Maszlee Malik
AHLI PARLIMEN SIMPANG RENGGAM
Chan Ming Kai
AHLI PARLIMEN ALOR SETAR
Dr Azman Ismail
AHLI PARLIMEN KUALA KEDAH
Thomas Su
AHLI PARLIMEN KAMPAR
Alice Lau
AHLI PARLIMEN LANANG
Sim Tze Tzin
AHLI PARLIMEN BAYAN BARU