Skip to content

Saya maafkan Annuar Musa, Zuraida Kamaruddin, dan Afif Bahardin atas salah faham mereka yang membawa kepada kenyataan mereka yang menyerang reputasi saya kerana kenyataan ini dibuat sebelum mereka membaca penjelasan saya yang mengatakan bahawa saya mahu semua parti politik dan calon dalam enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos untuk menurunkan suhu polarisasi perkauman dan keagamaan dan untuk berhenti mengeksploitasi isu 3R untuk mengelakkan dari berulangnya satu lagi kejadian seperti rusuhan 13 Mei

Saya maafkan bekas menteri, Annuar Musa dan Zuraida Kamaruddin dan bekas Exco Pulau Pinang, Afif Bahardin, atas salah faham mereka yang membawa kepada kenyataan mereka yang menyerang reputasi saya kerana kenyataan ini dibuat sebelum mereka membaca penjelasan saya yang mengatakan bahawa saya mahu semua parti politik dan calon dalam enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos untuk menurunkan suhu polarisasi perkauman dan keagamaan dan untuk berhenti mengeksploitasi isu 3R untuk mengelakkan dari berulangnya satu lagi kejadian seperti rusuhan 13 Mei.

Saya jemput mereka untuk menyertai saya dalam memastikan semua parti-parti politik dan calon-calon dalam enam pilihan raya negeri yang akan datang di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu untuk melakukan seboleh mereka untuk menurunkan suhu polarisasi perkauman dan keagamaan dan untuk berhenti mengeksploitasi isu-isu 3R.

Saya buat satu kenyataan dua hari lepas yang berbunyi “Selepas 54 tahun, Malaysia menghampiri satu lagi episod kekecohan seperti 13 Mei 1969” dan saya jelaskan semalam yang saya membuat kenyataan ini untuk memastikan kejadian seperti rusuhan 13 Mei ini tidak berulang lagi di Malaysia.

Seperti yang saya jelaskan semalam, tidak ada sesiapa menjangkakan rusuhan 13 Mei 1969 untuk terjadi pada tahun 1969 dan kita perlu belajar dari kejadian ini untuk memastikan ia tidak berulang lagi.

Kita semua ada perbezaan politik, tetapi perbezaan ini perlulah diselesaikan secara aman dan demokratik dalam konteks prinsip-prinsip pembinaan sebuah negara Malaysia yang majmuk yang telah diterapkan ke dalam Perlembagaan dan Rukun Negara oleh tokoh-tokoh kemerdekaan (termasuklah tiga Perdana Menteri terawal negara, Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, dan Hussein Onn, yang juga merupakan Presiden UMNO) – prinsip-prinsip raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, dan badan kehakiman yang bebas.

Saya buat kenyataan ini tanpa merujuk mana-mana pemimpin DAP kerana saya percaya semua rakyat Malaysia, tanpa mengira parti, kaum, agama, atau kawasan, termasuklah Annuar Musa, Zuraida Kamaruddin, dan Afif Bahardin, tidak mahu tercetusnya satu lagi rusuhan seperti 13 Mei di Malaysia.

Kita perlulah pertamanya menjadi rakyat Malaysia dan meletakkan identiti-identiti etnik, agama, kawasan, politik, atau identiti-identiti lain di tempat kedua.