Skip to content

Sekiranya Azwanddin masih tidak menunaikan janji penyelesaian di luar mahkamah dengan saya, peguam saya akan meneruskan prosedur untuk menjadikan beliau muflis

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah pernah membuat ucapan yang berbau hasutan dengan mengaitkan saya dalam insiden Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, Subang Jaya.

Dalam ucapannya di Dataran Seni Klang pada 25 Disember 2018, Azwanddin menuduh saya pelampau kaum yang menyalahgunakan kuasa saya sebagai menteri yang tidak ada etika dan tidak ada prinsip, berkelakuan tidak adil dan tidak jujur.

Saya memfailkan saman malu terhadap beliau kemudian. Selepas itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan penyelesaian di luar mahkamah pada 29 Julai 2019.

Azwanddin bersetuju memberi pampasan kepada saya, dan menyiarkan permohonan maaf diteribitkan di tiga suratkhabar utama, iaitu The Star, Sin Chew Daily dan Sinar Harian.

Tetapi, Azwanddin tidak menunaikan janjinya yang dibuat di hadapan hakim sehingga hari ini. Ini adalah perbuatan yang menghina mahkamah. Peguam saya juga tidak dapat cari Azwanddin selama ini.

Inilah perangai Azwanddin. Dia berani melemparkan tuduhan palsu terhadap saya dan membuat ucapan yang menghasut dan menegangkan hubungan di antara penganut Islam dan bukan Islam, dan dia sudi mencapai penyelesaian di luar mahkamah dengan saya kerana dia tahu dia akan kalah di mahkamah. Tetapi selepas itu, dia hilang diri.

Kini, peguam saya pun menyiarkan Iklan Notis Kebankrapan di Berita Harian pada 12 Ogos 2020. Sekiranya Azwanddin masih tidak menunaikan janji penyelesaian di luar mahkamah dengan saya, peguam saya akan meneruskan prosedur untuk menjadikan beliau muflis.