Kita sedang berada dalam era politik baharu yang wujud melalui titah nasihat Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong untuk memastikan adanya kestabilan politik di Malaysia dan perpaduan nasional dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama, dan kawasan.
Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk PAS dan Bersatu percaya yang mereka mampu untuk menangi 5-1 jika bukan 6-0 dalam enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini, walaupun saya sendiri percaya keputusan yang lebih mungkin berlaku adalah pengekalan status quo 3-3 atau keputusan 4-2 yang memihak kepada gabungan Pakatan Harapan–Barisan Nasional.
Satu persoalan penting dalam enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini adalah sama ada Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan akan mundur ke belakang menjadi seperti Kelantan, Terengganu, dan Kedah, atau sama ada Kelantan, Terengganu, dan Kedah yang mahu mengikuti jejak langkah Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan untuk menjadi sebuah negeri yang makmur dan maju dengan menyokong gabungan Pakatan Harapan–Barisan Nasional.
Satu lagi persoalan pada 12 Ogos ini adalah sama ada para pengundi di enam negeri ini akan menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan visinya untuk Malaysia bangkit semula sebagai sebuah negara hebat dunia.
Sekiranya kita ingin Selangor terus membangun untuk mengekalkan kedudukannya sebagai salah satu negeri yang paling maju di Malaysia, dan untuk Malaysia terus bangkit untuk menjadi sebuah negara hebat dunia, kita perlu pastikan kemenangan untuk semua calon-calon Pakatan Harapan–Barisan Nasional di keenam-enam negeri ini.
Atas sebab ini, saya seru kepada para pengundi di Sungai Panjang untuk mengundi calon BN–PH, Mohd Imran bin Tamrin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri mereka.
Malah, dalam era politik baharu negara kita, saya juga akan seru para ahli dan penyokong PAS dan Bersatu untuk menyokong usaha Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk Malaysia bangkit semula menjadi sebuah negara hebat dunia.