Pada tahun 1986, saya telah ke Pulau Pinang untuk menggesa rakyat Pulau Pinang untuk menjadi negeri barisan hadapan untuk membawa perubahan dan kemajuan di Malaysia.
Hari ini, Pulau Pinang mempunyai kadar KDNK per kapita tertinggi berbanding dengan semua negara, manakala Kelantan pula mencatatkan kadar yang terendah – kira-kira empat kali ganda lebih rendah berbanding dengan Pulau Pinang.
Hari ini, saya seru kepada rakyat-rakyat Pulau Pinang untuk memimpin usaha kebangsaan untuk menyelamatkan Malaysia supaya kita dapat bangkit semula menjadi sebuah negara hebat dunia.
Tidak ada sebab mengapa Malaysia patut terus ditinggalkan di belakang negara-negara lain.
Kita telah ditinggalkan di belakang Taiwan, Singapura, Hong Kong, Korea Selatan, dan Vietnam.
Adakah kita akan terus ditinggalkan di belakang negara-negara lain, ditinggalkan di belakang Thailand, Indonesia, China, dan India?
Inilah erti sebenar enam pilihan raya negeri pada hari Sabtu, 12 Ogos ini, dan saya seru kepada semua pengundi di Pulau Pinang untuk memberitahu kepada parti-parti politik dan para pemimpin politik apa yang dimahukan mereka.
Setakat ini, tidak ada seorang pun pemimpin Perikatan Nasional (PN), baik dari PAS mahupun Bersatu, yang telah membincangkan isu kemerosotan yang dialami negara kita dalam beberapa dekad yang lepas.
Apakah rancangan yang PAS dan Bersatu ada untuk menghentikan kemerosotan ini, supaya Malaysia dapat bangkit semula menjadi sebuah negara hebat dunia?
Atau adakah PAS dan Bersatu tidak mempunyai sebarang masalah melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang gagal, berpecah belah, dan korup seperti Sri Lanka menjelang ulang tahun ke-100 negara pada tahun 2057?
Bukan mudah untuk Malaysia bangkit semula menjadi negara hebat dunia.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempunyai rancangan untuk Malaysia bangkit semula menjadi negara hebat dunia. Rancangan Ekonomi Madani Anwar telah menyasarkan matlamat-matlamat seperti berikut:
- Menjadi antara 30 ekonomi terbesar dunia dari segi kadar keluaran dalam negara kasar. Malaysia buat masa ini berada di tempat ke-35.
- Berada dalam kedudukan 12 teratas dalam Indeks Daya Saing Dunia IMD. Kita sedang berada di tempat ke-27.
- Tempat 25 ke atas dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB. Tempat semasa adalah ke-62.
- Tempat 25 ke atas dalam Indeks Persepsi Rasuah. Tempat semasa adalah ke-61.
Adakah PN mempunyai apa-apa rancangan yang lebih baik berbanding dengan Ekonomi Madani?
Setakat ini, PN yang dianggotai PAS dan Bersatu senyap sunyi mengenai perkara ini.
Adakah mereka tidak mempunyai apa-apa rancangan untuk Malaysia bangkit semula sebagai sebuah negara hebat dunia?