Skip to content

Seruan kepada semua komuniti di Malaysia untuk menyokong usaha untuk Malaysia bangkit semula sebagai sebuah negara hebat dunia

Saya menyeru kepada semua komuniti di Malaysia untuk menyokong usaha untuk Malaysia bangkit semula sebagai sebuah negara hebat dunia.

Semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang kaum, agama, politik, atau kawasan, perlu menyokong usaha untuk “Selamatkan Malaysia” untuk memastikan Malaysia dapat mengelakkan nasib dari menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan korup dalam dekad-dekad yang akan datang.

Malaysia tidak kekurangan bakat dan kebolehan, tetapi kita perlu pastikan adanya kestabilan politik dan perpaduan nasional dari kalangan semua kaum, agama, dan budaya yang bertemu di Malaysia untuk memastikan semua rakyat Malaysia dapat menggunakan bakal dan kebolehan mereka sepenuhnya dan tidak mempunyai apa-apa sebab untuk berhijrah menjadikan negara lain yang hebat.

Kita perlu menghayati pengajaran dari Diaspora Malaysia yang pertama, di mana sejumlah kira-kira dua juta rakyat Malaysia telah berhijrah ke seluruh dunia untuk menjadikan negara lain yang hebat.

Kita tidak mahu terjadinya Diaspora Malaysia kedua ini, yang hanya akan membawa kepada Malaysia menjadi sebuah negara berpecah belah, gagal, dan korup seperti Sri Lanka dalam dekad-dekad yang akan datang.

Kita tidak boleh terus ditinggalkan di belakang negara-negara lain. Kita sudah pun ditinggalkan di belakang Taiwan, Singapura, Hong Kong, Korea Selatan, malah Vietnam.

Adakah kita bakal ditinggalkan di belakang Indonesia, Thailand, China, dan India?

Thailand sudah ada Perdana Menteri baharu yang berjanji untuk menjadikan Thailand lebih kompetitif.

Kita juga perlu berusaha di Malaysia.

Usaha kerajaan perpaduan Anwar untuk melaksanakan visi Ekonomi Madani Anwar Ibrahim akan menentukan sama ada Malaysia akan bangkit semula sebagai sebuah negara hebat dunia, dan perkara ini adalah satu usaha yang perlu disokong oleh semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang kaum, agama, politik, atau kawasan.