Saya kepada semua rakyat Malaysia untuk berkempen untuk Impian Malaysia dalam enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini supaya Malaysia dapat bangkit semula menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia dan mengelakkan nasib sebagai sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan korup.
Kita bukan sahaja mahu Chew Seh Yong untuk dipilih semula sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri untuk DUN Lobak dan untuk Aminuddin Harun untuk kembali sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, kita juga mahu Malaysia untuk bangkit semula sebagai sebuah negara hebat bertaraf dunia.
Ada mereka yang memikirkan yang enam pilihan raya negeri yang bakal berlangsung pada 12 Ogos ini hanya penting kepada Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, dan Terengganu dan tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan negeri-negeri lain atau Malaysia secara amnya.
Mereka tidak boleh lebih silap lagi dari ini.
Enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini mungkin merupakan pilihan raya yang paling penting dalam sejarah Malaysia.
Dalam beberapa dekad yang lepas, Malaysia telah mengalami kemerosotan nasional, ditinggalkan di belakang negara-negara seperti Singapura, Taiwan, Korea Selatan, Hong Kong, dan juga Vietnam.
Kita berada dalam bahaya ditinggalkan di belakang China, Indonesia, dan India dalam masa terdekat ini. Kita akan ditinggalkan di belakang Indonesia dan China dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International sebelum tahun 2030 sekiranya kita tidak meningkatkan usaha membanteras rasuah.
Enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini tidak akan menumbangkan kerajaan perpaduan Anwar di peringkat nasional, tetapi ia akan menentukan sama ada kita akan berjaya menghentikan kemerosotan yang dialami negara dalam beberapa dekad yang lepas dan mengubah arah negara kita atau sama ada Perikatan Nasional (PN) akan berjaya menumpaskan rancangan Pakatan Harapan–Barisan Nasional untuk membangkitkan semula Malaysia sebagai sebuah negara hebat bertaraf dunia – sama ada negara kita akan terus berjaya mengejar Impian Malaysia atau tidak.
Impian Malaysia bermula di Negeri Sembilan ketika DAP ditubuhkan pada tahun 1966 di bawah pimpinan seorang patriot Malaysia yang hebat, Dr. Chen Man Hin.
Ketika kita bermula pada tahun 1966, kita ada enam cawangan, sekarang kita ada lebih dari 200 cawangan.
Semasa DAP bertanding dalam pilihan raya umum pertamanya pada tahun 1969, kita ada kurang dari 2,000 orang ahli. Kini, kita ada lebih 100 kali ganda lebih ramai ahli.
Komitmen kita terhadap Impian Malaysia dinyatakan dalam perbahasan kebudayaan awam pada bulan November 1968 di mana saya katakan 55 tahun yang lepas: “Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum dan tidak dipunyai oleh mana-mana kaum, sebaliknya kepunyaan semua kaum yang telah menjadikan negara ini sebagai rumah mereka”.
Dalam mengejar Impian Malaysia ini, kita tidak mahu terjadinya Diaspora Malaysia kedua. Dalam Diaspora Malaysia pertama, kira-kira hampir dua juta rakyat Malaysia telah berhijrah ke luar negara untuk menjadikan negara-negara lain seperti Singapura hebat.
Kita mahu rakyat Malaysia kekal di Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia.
Buat pertama kali dalam abad ke-21, kita ada seorang Perdana Menteri yang faham mengenai Impian Malaysia.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru-baru ini telah membentangkan visinya untuk Malaysia dalam rancangan Ekonomi Madani yang antaranya berhasrat untuk mencapai matlamat-matlamat seperti berikut:
- Menjadi antara 30 ekonomi terbesar dunia dari segi kadar keluaran dalam negara kasar. Malaysia buat masa ini berada di tempat ke-35.
- Berada dalam kedudukan 12 teratas dalam Indeks Daya Saing Dunia IMD. Kita sedang berada di tempat ke-27.
- Tempat 25 ke atas dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB. Tempat semasa adalah ke-62.
- Tempat 25 ke atas dalam Indeks Persepsi Rasuah. Tempat semasa adalah ke-61.
Perkara ini selari dengan Impian Malaysia yang bermula di Seremban 66 tahun yang lepas, bahawa Malaysia patut menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia – untuk menjadi salah satu dari 30 ekonomi terbesar dunia, salah satu dari 12 ekonomi yang paling berdaya saing di dunia, salah dari 25 negara teratas dalam usaha memerangi rasuah, dan salah satu dari 25 negara teratas dalam Indeks Pembangunan Manusia.
Kita mahu universiti dan sistem kesihatan kita untuk berada dalam 25 tempat terbaik dunia.
Tetapi kita perlukan sokongan rakyat dalam enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini.
Kita tidak mahu hanya Negeri Sembilan, Selangor, dan Pulau Pinang untuk menjadi negeri bertaraf dunia, kita juga mahu Kedah, Kelantan, dan Terengganu untuk menjadi seperti Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan. Kita juga tidak mahu untuk Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan untuk menerima nasib yang sama seperti Kedah, Kelantan, dan Terengganu. Dan perkara ini tidak mungkin akan dapat dicapai semalaman, sebaliknya akan memakan masa bertahun-tahun malah mungkin berdekad-dekad lamanya.
Semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan perlulah bersatu padu dalam mengejar Impian Malaysia.
Marilah kita bermula dengan enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini.