Sistem temujanji suntikan vaksin amat mengelirukan, bukan sahaja ramai tidak dapat menyemak tarikh “Dalam Proses”, dan ramai gagal hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akibat notifikasi makluman mengenai tarikh temujanji terlalu lewat.
Oleh demikian, saya bercadang bahawa:
- Bagi warga emas yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera, pihak pengurusan harus memberitahu tarikh temujanji melalui panggilan telefon, dan bukan sahaja melalui SMS sahaja.
- Didapati senarai nama penerima vaksin hanya diterima pada hari sebelum malahan pagi hari yang sama oleh banyak pihak pengurusan PPV, ini telah menyebabkan kerja notifikasi tidak efektif. Senarai nama penerima vaksin harus diberikan kepada pihak pengurusan PPV sekurang-kurangnya tiga hari sebelum tarikh temujanji agar pegawai bertugas MyVac dapat memberitahu penerima vaksin melalui panggilan telefon lebih awal.
- Saya menegaskan sekali lagi cadangan dalam “Rangka kerja Vaksinasi Nasional” yang diutarakan pada hujung bulan Februari, di mana oleh kerana kerumitan penyimpanan vaksin, saya menyarankan menyediakan senarai nama penerima vaksin gantian yang telus (misalnya beberapa janji temu pada hari berikutnya dimasukkan dalam senarai ) agar dapat menggantikan tempat kosong yang gagal hadir. Ini bukan sahaja dapat mengelakkan pembaziran vaksin dan mempercepatkan proses pemberian vaksin. Namum, apa yang amat dikesali adalah cadangan ini tidak diterima pakai, sehingga ramai pendaftar vaksin pergi ke PPV untuk mencuba nasib.
- Didapati bahawa ramai yang gagal hadir pada tarikh temujanji adalah disebabkan maklumat temujanji mereka hanya dipaparkan di MySejahtera pada sehari sebelum, malahan pagi hari tersebut. Dengan kecanggihan teknologi pada zaman kini, pihak berkuasa seharusnya menjadualkan tarikh temu janji sekurang-kurangnya 7 hingga 14 hari lebih awal dengan mudah, dan bukan meminta orang ramai menyemak maklumat janji temu setiap hari.