Skip to content

Skim Moratorium harus mengambil kira pinjaman sewa-beli kepada penguasaha bas

Saya telah mengemukakan surat rasmi kepada Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Zuraida bahawa:

  1. Skim Moratorium harus mengambil kira pinjaman sewa-beli kepada penguasaha bas;
  2. Menggubalkan akta yang membolehkan KPKT memberi arahan moratorium kepada syarikat pinjaman yang berkenaan.

Hal ini kerana semasa pengenalan “Moratorium”, ianya hanya ambilkira pinjaman institusi kewangan bawah Bank Negara, tetapi tidak termasuk syarikat kredit, syarikat sewa-beli bawah KPKT.

Manakala pengusaha bas biasanya tidak meminjam dari bank, tetapi meminjam daripada syarikat kredit, syarikat sewa-beli yang tidak tertakluk kepada moratorium tersebut.

Oleh yang demikian, saya mencadang pihak YB Menteri intervensi untuk memasukkan syarikat kredit, syarikat sewa-beli di bawah “Moratorium” dengan kadar faedah sifar bagi semua pengusaha bas di seluruh Malaysia.

Pendapatan pengusaha bas hampir sifar semasa Perintah Kawalan Pergerakan sehingga sekarang, walaupun komitmen masih dilunaskan termasuk ansuran pembiayaan sewa-beli bas, kos pentadbiran, gaji pekerja dan penyelenggaraan bas.

Justeru saya amat berharap agar pihak YB Menteri dapat mempertimbangkan cadangan ini demi meringankan beban pengusaha bas di seluruh Malaysia.