Skip to content

Kerajaan Negeri Perak haruslah memperuntukkan bantuan komputer dan liputan internet kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan miskin dalam Belanjawan Negeri Perak 2021

Kerajaan Negeri Perak haruslah memperuntukkan bantuan komputer dan liputan internet kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan miskin dalam Belanjawan Negeri Perak 2021.

Proses pembelajaran atas talian dalam norma baharu ini memerlukan kemudahan asas seperti komputer dan liputan internet. Sekiranya keluarga-keluarga yang berpendapatan rendah dan miskin tidak mampu menanggungkan perbelanjaan kemudahan tersebut, maka anak-anak mereka akan ditinggalkan zaman internet dan proses perbelajaran mereka juga akan ketinggalan.

Pembelajaran atas talian merupakan mod pendidikan pada masa hadapan. Oleh sebab itu, kemudahan telekomunikasi dan internet juga merupakan suatu keperluan dalam pendidikan. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Perak juga perlu memperkasakan rangkaian Internet, dan membekalkan perkhidmatan Internet yang lebih murah kepada rakyat.

Infrastruktur internet masih tidak sempurna di banyak kawasan dalam negeri Perak. Kawasan yang tidak mempunyai rangkaian Internet atau kelajuan Internet yang lambat akan menyusahkan anak-anak yang ingin mengikuti proses pembelajaran atas talian, sebagai contoh, Vevenonah dari Universiti Sabah Malaysia, yang memanjat pokok demi menduduki peperiksaan. Kerajaan Negeri Perak harus meningkatkan liputan dan kelajuan Internet.

Kerajaan Negeri Perak harus mengimbangi aspek kebajikan rakyat dan pembangunan masa depan ketika merangka Belanjawan Negeri Perak 2021, dan elakkan perbelanjaan yang tidak memerlukan, supaya tidak wang rakyat negeri Perak tidak dibazirkan.

Saya juga menyeru Kerajaan Negeri Perak supaya mencontohi program ‘Kitar Semula Komputer kepada Anak Malaysia’ oleh DAPSY, yang bekerjasama dengan sektor perusahaan di Perak untuk memperbarukan komputer terpakai dan menyerah kepada anak-anak dari keluarga yang berpendapatan rendah dan miskin.