Skip to content

Soalan Parlimen RTB Sungai Pinang

Kerajaan Negeri mengambil maklum dan menyambut baik akan kemajuan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang yang kini telah pun memasuki proses penilaian tender di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Adalah diharapkan agar proses berkaitan berjalan lancar dan dapat dilaksanakan mengikut tempoh masa ditetapkan demi kepentingan serta kebajikan rakyat dan negeri yang lebih baik terutama sekitar daerah Timur Laut.

No. SOALAN: 86

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN CHOW KON YEOW [BATU KAWAN]

SOALAN

Tuan Chow Kon Yeow [Batu Kawan] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan bilakah Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang Fasa 1 akan bermula, dan juga RTB Sungai Pinang Fasa 2 yang juga perlu dilaksanakan bagi penyelesaian banjir secara keseluruhan di negeri Pulau Pinang.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Pinang Fasa 1 telah ditender bagi projek tersebut telah pun diiklankan pada 4 April 2023 dan ditutup pada 3 Mei 2023. Dengan mengambil kira proses penilaian tender sehingga ke peringkat Lembaga Perolehan, jangkaan lantikan kontraktor akan dilaksanakan pada bulan September 2023 dan dijangka siap September 2027.

2. Sementara itu, projek RTB Lembangan Sungai Pinang Fasa 2 telah dipohon di dalam Rolling Plan 4 (RP4) RMKe-12 dianggarkan berjumlah RM268 juta.