Skip to content

Surat tahniah dan penghargaan pinjaman penuntut Negeri Pulau Pinang oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng

14 Disember, 2016

Saudara/Saudari,

UCAPAN TAHNIAH DAN PENGHARGAAN

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Tahniah diucapkan kepada Saudara/Saudari kerana telah terpilih untuk menerima Pinjaman Penuntut Tabung Amanah Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang Tahun 2016 khususnya kepada anak negeri yang diterima masuk ke universiti awam dan swasta tempatan.

3. Kadar Pinjaman Penuntut Tabung Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:

4. Bantuan pinjaman penuntut ini diberikan kepada mereka yang lahir di Pulau Pinang atau sekurang-kurangnya bersekolah selama 5 tahun di Pulau Pinang. Bagi tahun 2016, seramai 311 orang telah menerima tawaran pinjaman ini dengan peruntukan berjumlah RM1,525,000.00.

5. Sejak tahun 2008 hingga kini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM13.9 juta yang mana telah memanfaatkan seramai 1,543 orang penuntut.

6. Kerajaan Negeri mampu menyediakan peruntukan yang banyak oleh sebab Kerajaan Negeri terus berpegang kepada prinsip bahawa sebuah kerajaan bersih akan menjalankan tata kelola dan urus tadbir Kerajaan yang berteraskan prinsip urus tadbir Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT). Ini boleh dilihat melalui prestasi Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 yang mana telah mencatatkan lebihan Belanjawan setiap tahun, penurunan hutang negeri sebanyak 90% dan pertambahan nilai rizab aset sebanyak 50%.

7. Kerajaan Negeri juga telah berjaya meningkatkan lebihan Belanjawan yang terkumpul sebanyak RM574 juta dalam tempoh lapan (8) tahun pemerintahan (2008-2015) berbanding dengan lebihan RM373 juta sepanjang 50 tahun (1957-2007). Prestasi yang baik ini juga telah mendapat pujian bukan sahaja daripada Laporan Ketua Audit Negara tetapi juga Transparency International. Daripada lebihan Belanjawan terkumpul sebanyak RM574 juta ini, RM413 juta telah diberikan secara langsung sebagai bantuan wang tunai kepada 1.6 juta rakyat Pulau Pinang sejak tahun 2008.

8. Sekali lagi, saya mengucapkan tahniah di atas pemilihan Saudara/Saudari untuk menerima Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang bagi Sesi 2016/2017 dan berharap ianya menjadi penyuntik semangat kepada Saudara/Saudari dalam meneruskan pengajian dengan cemerlang di samping dapat meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh ibu bapa serta waris dalam keadaaan ekonomi semasa yang kian mencabar.

9. Akhir kata, bantuan pinjaman yang diberikan ini adalah atas keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menghargai dan menjaga kebajikan rakyatnya.

Sekian, terima kasih.

LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang