DAPSY memandang serius terhadap insiden provokasi yang dicetuskan segelintir pihak baru-baru ini khususnya tindakan mereka yang menanam sentimen kebencian terhadap penganut-penganut Hindu.
DAPSY menggesa pihak yang berkenaan khususnya Peguam Negara & PDRM untuk mengambil tindakan yang sewajarnya dalam hal ini terutamanya tindakan penangkapan & pendakwaan demi menghentikan segala tindakan mereka yang menggugat keharmonian kaum.
DAPSY menyokong kenyataan seruan daripada Pengerusi Kebangsaan DAP, YB Gobind Singh yang menuntut Peguam Negara untuk memberikan sebab atas perihal yang tidak mengambil tindakan susulan terhadap ejen provokasi biarpun laporan polis telah dibuat dalam kuantiti yang banyak.
DAPSY ingin menegaskan bahawa tidak kiranya tindakan menghina Al-Quran mahupun tindakan memijak simbol suci kuil, kesemua tindakan ini adalah wajib dikenakan tindakan sekeras-kerasnya dengan berlandaskan kedaulatan undang-undang.
Tidak harus ada sesiapa pihak yang mengambil tindakan sendiri dalam hal ini termasuknya membakar kereta & mengancam keselamatan seseorang individu biarpun individu tersebut adalah wajar diambil tindakan undang-undang lantaran provokasinya terhadap kuil-kuil.
Sekali lagi DAPSY ingin menyeru semua pihak untuk kekal tenang dan menegaskan bahawa tiada sesiapa selain daripada pihak berkuasa adalah berhak untuk mengambil tindakan sendiri.
Rakyat Malaysia adalah mencintai keharmonian & keamanan, bukannya seperti segelintir samseng yang pernah membuli & mengepung peniaga kecil di Pulau Pinang.
DAPSY menyeru untuk menangkap & mendakwa ejen-ejen provokasi dan samseng yang menggugat keamanan masyarakat dalam kadar SEGERA.